Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perkasa fitrah insan dan integriti, semai budaya anti rasuah warga JPJ Sarawak
  • TEMPATAN

Perkasa fitrah insan dan integriti, semai budaya anti rasuah warga JPJ Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
KENANGAN… Suzeliyana Hashim bersama tetamu kehormat dan para peserta Kursus Perkasa Fitrah Insan dan Pengukuhan Integriti Dalam Pembudayaan Anti Rasuah 2025 selama tiga hari bermula Rabu lepas hingga hari ini di salah sebuah hotel terkemuka, di sini.

KUCHING: Bahagian Integriti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dengan kerjasama JPJ Sarawak telah menganjurkan Kursus Perkasa Fitrah Insan dan Pengukuhan Integriti dalam Pembudayaan Anti Rasuah 2025 selama tiga hari bermula Rabu lepas hingga hari ini di salah sebuah hotel terkemuka, di sini.

Kursus berkenaan merupakan antara usaha berterusan JPJ dalam memperkukuh tadbir urus jabatan serta memperkasakan budaya integriti dalam kalangan warga kerja bagi menutup ruang dan peluang berlakunya rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam perkhidmatan awam.

Seramai 50 pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari seluruh cawangan JPJ Sarawak menyertai kursus berkenaan yang turut memberi penekanan terhadap pembentukan fitrah insan berteraskan nilai amanah, etika dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Majlis penutupan kursus disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Integriti JPJ Malaysia, Suzeliyana Hashim.

JPJ Sarawak dalam kenyataannya merakamkan penghargaan kepada Bahagian Integriti JPJ Malaysia atas kerjasama dan perkongsian ilmu sepanjang penganjuran program tersebut.

Diharapkan penganjuran kursus seperti ini akan terus menyemai nilai integriti yang tinggi, seterusnya melahirkan warga JPJ yang berdisiplin, beretika dan bebas daripada sebarang bentuk rasuah serta salah guna kuasa.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak sambut baik keputusan kerajaan perluas BUDI95 kepada pengguna pengangkutan air
Next: DBKU rancang pameran seni berskala besar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.