Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Perkahwinan tidak jejas kerjaya seni Sabronzo DOLLA
  • HIBURAN

Perkahwinan tidak jejas kerjaya seni Sabronzo DOLLA

Utusan Sarawak 6 hours ago
KUMPULAN pop popular Malaysia Dolla (dari kiri) Tabby, Angel dan Sabronzo bergambar selepas sidang media mengenai single terbaharu berjudul “Question” di The Campus, Ampang. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bagi ahli kumpulan DOLLA, Sabronzo, perkahwinan bukan alasan untuknya memperlahankan langkah dalam industri seni, sebaliknya menjadi sumber kekuatan dan semangat baharu dalam kariernya.

Pemilik nama Wan Sabrina Wan Rusli yang baru melangsungkan perkahwinannya di Bali, Indonesia pada September lalu, berkata fasa baharu itu malah memberi keseimbangan, terutama dari segi pengurusan masa dan tumpuan terhadap kerja.

KUMPULAN pop popular Malaysia Dolla, (berdiri, dari tiga, kiri) Angel, Tabby dan Sabronzo bergambar ketika sidang media mengenai single terbaharu berjudul “Question” di The Campus, Ampang. Foto BERNAMA

“Alhamdulillah, kehidupan selepas berkahwin setakat ini sangat menakjubkan. Saya sangat gembira kerana bertemu dengan insan yang luar biasa. Saya bersyukur,” katanya ketika sidang media selepas majlis pratonton muzik video (MV) terbaharu DOLLA, di sini.

Wanita berusia 30 tahun itu berkata sokongan suaminya, Ryan Fieret yang juga anak seni berasal dari Belanda, banyak membantu dalam memberi perspektif berbeza terhadap perjalanan kariernya.

“Saya rasa hakikat yang dia pun dalam industri hiburan dan muzik banyak membantu, kerana apabila saya bercakap tentang sesuatu dia faham dan dia juga boleh beri nasihat kepada saya tentang perkara-perkara tertentu,” katanya. 

KUMPULAN pop popular Malaysia Dolla (dari kiri) Angel, Tabby dan Sabronzo bergambar ketika sidang media mengenai single terbaharu berjudul “Question” di The Campus, Ampang. Foto BERNAMA

Meskipun kini meniti fasa baharu dalam kehidupan peribadi, katanya fokus terhadap kerjaya dan kumpulan DOLLA tetap menjadi keutamaan terutama menjelang konsert kedua mereka yang dijadualkan berlangsung pada 6 Dis depan di Ideal Live, Kuala Lumpur.

Berkongsi lanjut Sabronzo berkata beliau juga banyak memberi bimbingan tentang agama kepada suaminya yang merupakan seorang mualaf, namun tidak memberi tekanan.

“Perjalanan ini tentunya sangat peribadi bagi setiap orang, jadi kami pun ingin ambil masa kami, perlahan-lahan. Saya sebenarnya tidak suka beri tekanan kepada sesiapapun.

“Kita harus belajar bahawa agama ini juga agama yang lembut, agama yang membawa kedamaian. Jadi, saya rasa sangat penting untuk kita mendekatinya. Pada akhirnya, saya percaya selagi kita mendekatinya dengan kasih sayang dan kelembutan, insya-Allah,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Selektif memilih watak, Hafidzuddin terus aktif di layar kaca
Next: ‘Kumbang Bunga’ tercalon di Indonesia buktikan irama tradisional terus mekar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.