Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Perjanjian Grid Kuasa ASEAN dimeterai Oktober 2025 – Tengku Zafrul
  • BISNES

Perjanjian Grid Kuasa ASEAN dimeterai Oktober 2025 – Tengku Zafrul

Utusan Sarawak 19 hours ago
MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz bercakap pada sidang media selepas tamat mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Rundingan mengenai Memorandum Perjanjian Dipertingkatkan bagi Grid Kuasa ASEAN (APG), yang bertujuan memperkukuh keselamatan, kesalinghubungan dan kemampanan tenaga, dijangka dimuktamadkan dan dimeterai pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43, Oktober ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata  Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN menyambut baik usaha berterusan ke arah penubuhan Kerangka Kemudahan Pembiayaan APG, yang akan menggalakkan aliran pelaburan langsung asing (FDI) rentas sempadan serta membuka peluang pembiayaan baharu bagi projek tenaga serantau.

“Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) turut menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran mesyuarat bersama antara menteri tenaga, kewangan dan ekonomi ASEAN yang dijadual berlangsung pada Ogos 2025,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat AECC ke-25, di sini hari ini.

Mesyuarat itu diadakan di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dengan 11 agenda utama dibincangkan, memfokuskan kepada pengukuhan kerjasama serantau. 

Mesyuarat dipengerusikan Tengku Zafrul itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong; Menteri Kewangan dan Ekonomi II Brunei Datuk Dr Awang Mohd Amin Liew Abdullah; Menteri Perdagangan Kemboja Cham Nimul; Menteri Industri dan Perdagangan Vietnam Nguyen Hong Dien; Menteri Perdagangan Indonesia Budi Santoso; dan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Laos Malaithong Kommasith.

Turut hadir ialah Setiausaha Rendah Jabatan Perdagangan dan Industri Filipina Allan B. Gepty; Timbalan Perdana Menteri Singapura Gan Kim Yong; Menteri Perdagangan Thailand Pichai Naripthaphan dan Timbalan Perdana Menteri Timor-Leste Francisco Kalbuadi Lay.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di bawah Kepengerusian Malaysia 2025 bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan” merupakan kali kelima Malaysia mempengerusikan blok serantau itu sejak tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Sidang Kemuncak ASEAN dan Mesyuarat Berkaitan dijangka membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang mendesak, termasuk krisis berterusan di Myanmar yang kekal menjadi kebimbangan   ASEAN.

Selain mesyuarat peringkat ASEAN, sidang kemuncak turut menampilkan dua platform penting antara rantau – Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China – yang mencerminkan peningkatan keterlibatan ASEAN dengan rakan strategiknya di rantau Teluk dan China.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: ShoUT 2025 platform perkukuh jaringan pemasaran usahawan tani tempatan
Next: Sarawak sedia galas peranan utama rangkaian kuasa ASEAN – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.