Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Periuk tanah ponggal simbol tradisi dan penuh khasiat
  • RENCANA

Periuk tanah ponggal simbol tradisi dan penuh khasiat

Utusan Sarawak 1 day ago
PEMILIK K.Devaraj Pottery dan pembuat periuk tanah generasi kelima, Reguraj Devaraj,50, menunjukkan periuk tanah yang dihasilkan secara tradisional bagi memenuhi permintaan pada perayaan Ponggal. Reguraj berkata perusahaan pembuatan periuk tanah yang diusahakannya telah diwarisi sejak lebih 120 tahun, bermula daripada nenek moyangnya, menjadikan beliau antara segelintir pengusaha tradisional yang masih teguh mempertahankan legasi tersebut. Beliau menjelaskan setiap kali menjelang Ponggal, periuk tanah khusus untuk memasak nasi Ponggal menjadi rebutan dengan periuk bersaiz kecil yang digunakan untuk memasak satu hingga dua cawan beras merupakan produk paling laris. Foto BERNAMA

PEMILIK K. Devaraj Pottery dan pembuat periuk tanah generasi kelima, Reguraj Devaraj,50, membuat periuk tanah secara tradisional bagi memenuhi permintaan pada perayaan Ponggal. Reguraj berkata perusahaan pembuatan periuk tanah yang diusahakannya telah diwarisi sejak lebih 120 tahun, bermula daripada nenek moyangnya, menjadikan beliau antara segelintir pengusaha tradisional yang masih teguh mempertahankan legasi tersebut. Beliau menjelaskan setiap kali menjelang Ponggal, periuk tanah khusus untuk memasak nasi Ponggal menjadi rebutan dengan periuk bersaiz kecil yang digunakan untuk memasak satu hingga dua cawan beras merupakan produk paling laris. Foto BERNAMA

PARIT BUNTAR: Penggunaan periuk tanah untuk menyediakan hidangan Ponggal bukan sekadar melambangkan kesinambungan tradisi atau nilai warisan sejak turun-temurun, malah diyakini mampu menghasilkan nasi manis yang lebih lembut, beraroma dan berkhasiat.

Menjelang sambutan perayaan Ponggal, periuk tanah kembali menjadi pilihan utama masyarakat Tamil kerana mampu mengekalkan haba secara semula jadi selain menghidupkan semula amalan tradisi yang kian terhakis akibat arus pemodenan.

Pembuat periuk tanah generasi kelima, Reguraj Devaraj, 50, berkata perbezaan antara masakan menggunakan periuk tanah dan periuk moden seperti aluminium atau keluli amat ketara, bukan sahaja dari segi rasa, malah juga dipercayai mempunyai manfaat kesihatan.

“Sifat masakan itu akan berbeza jika menggunakan periuk moden seperti aluminium tetapi jika dimasak dalam periuk tanah, tekstur dan rasa lebih baik.

“Apabila membeli periuk tanah, kita perlu menjentiknya supaya boleh mendengar seperti bunyi loceng untuk mengetahui jika itu periuk yang baik,” katanya kepada Bernama di K. Devaraj Pottery di Kampung Kedah di sini berhampiran sempadan Perak dan Pulau Pinang. 

PEMILIK K.Devaraj Pottery dan pembuat periuk tanah generasi kelima, Reguraj Devaraj,50, menunjukkan periuk tanah yang dihasilkan secara tradisional bagi memenuhi permintaan pada perayaan Ponggal. Foto BERNAMA

Reguraj berkata perusahaan pembuatan periuk tanah secara tradisional itu diusahakan nenek moyangnya sejak lebih 120 tahun lepas dengan dirinya antara segelintir pengusaha tradisional yang masih teguh mempertahankan legasi tersebut.

“Setakat ini hanya saya yang aktif sepenuhnya dalam perusahaan ini kerana anak masih belajar. Saya berharap dua adik-beradik juga akan menyambung legasi tradisional ini,” katanya.

Reguraj berkata setiap kali menjelang Ponggal, periuk tanah khusus untuk memasak nasi Ponggal menjadi rebutan dengan periuk bersaiz kecil yang boleh memasak satu hingga dua cawan beras merupakan produk paling laris.Menurutnya, permintaan boleh mencecah antara 10,000 hingga 25,000 unit bagi periuk kecil, malah pernah mencecah sehingga 30,000 periuk pada tahun tertentu, yang dijual pada harga antara RM6 hingga RM40 setiap satu mengikut saiz dan tanah digunakan.

Disebabkan proses pembuatan mengambil masa panjang, Reguraj perlu mengumpul stok sepanjang tahun, iaitu bermula sebaik sahaja musim Ponggal berakhir kerana setiap periuk mengambil masa antara tiga hingga empat minggu untuk disiapkan bergantung kepada cuaca.

Berkongsi proses pembuatan periuk tanah, Reguraj berkata ia bermula dengan memilih tanah liat berkualiti tinggi diikuti proses menguli sehingga tujuh atau lapan kali sebelum dibentuk menjadi buyung yang perlu dikeringkan antara 10 hingga 14 hari sebelum dibakar pada suhu mencecah 1,100 darjah Celcius.

REGURAJ Devaraj,50, membuat proses pembakaran periuk tanah secara tradisional bagi memenuhi permintaan pada perayaan Ponggal. Reguraj yang merupakan pembuat periuk tanah generasi kelima, berkata perbezaan antara masakan menggunakan periuk tanah dan periuk moden seperti aluminium atau keluli amat ketara, bukan sahaja dari segi rasa, malah manfaat kesihatan. Masyarakat Tamil akan meraikan perayaan Ponggal pada 15 Jan ini, iaitu pesta menuai yang melambangkan kesyukuran kepada alam semula jadi khususnya matahari, dan disambut pada hari pertama bulan Thai mengikut kalendar Tamil yang jatuh pada Januari setiap tahun. Foto BERNAMA

Namun, lelaki itu mengakui cabaran utama dalam industri tersebut ialah mendapatkan tanah liat yang benar-benar sesuai.

“Tanah yang digunakan bukan sembarangan. Saya kena pilih tanah yang liat, berstruktur elok serta tidak rapuh supaya periuk itu cantik. Mendapatkan tanah berkualiti itu yang susah,” katanya.

Dalam usaha memastikan kelangsungan warisan itu, bapa kepada dua anak itu turut membuka peluang kepada golongan muda untuk mempelajari seni pembuatan periuk tanah melalui bengkel dan latihan.

Sebagai antara pengusaha periuk tanah tradisional terakhir di utara tanah air yang masih aktif, Reguraj mempunyai pelanggan serta pembekal dari seluruh negara, selain turut menggaji sembilan pekerja.

Reguraj juga berikrar untuk terus mempertahankan pembuatan periuk tanah tradisional yang padanya bukan sekadar alat memasak, sebaliknya lambang budaya, warisan dan identiti yang terus hidup.

Masyarakat Tamil akan meraikan perayaan Ponggal pada 15 Januari, iaitu pesta menuai yang melambangkan kesyukuran kepada alam semula jadi khususnya matahari dan disambut pada hari pertama bulan Thai mengikut kalendar Tamil yang jatuh pada Januari setiap tahun.- Bernama

 

Continue Reading

Previous: Jalur seterusnya bagaimana
Next: 10 tahun jatuh bangun, Syahliza kini bangga dengan Jijah Satay

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.