Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa sepenuhnya 1 Ogos, tanpa mengira bilangan pekerja
  • NASIONAL

Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa sepenuhnya 1 Ogos, tanpa mengira bilangan pekerja

Utusan Sarawak 4 days ago

Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 sebanyak RM1,700 sebulan akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 1 Ogos ini.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan perintah tersebut akan terpakai kepada semua majikan di seluruh negara, tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan susulan pelaksanaan penagguhan selama enam bulan yang diberikan sebelum ini, yang akan tamat pada 31 Julai ini.

“Mulai 1 Ogos ini, semua majikan tanpa pengecualian, termasuk mereka yang sebelum ini menikmati tempoh penangguhan, perlu mematuhi perintah gaji minimum sebanyak RM1,700 sebulan. 

“Ini termasuk untuk pekerja bukan warganegara dan pekerja kontrak perantisan, namun tidak terpakai kepada pekhidmat domestik,” menurut kenyataan itu.

KESUMA meminta supaya semua majikan menyemak semula struktur gaji syarikat bagi memastikan tiada pekerja menerima gaji pokok di bawah kadar minimum yang ditetapkan dan membuat penyesuaian operasi secara progresif dengan memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti serta latihan kemahiran pekerja.

KESUMA turut mengingatkan bahawa kegagalan mematuhi Perintah Gaji Minimum merupakan satu kesalahan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Majikan yang ingkar boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 bagi setiap pekerja, denda tambahan sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan, dan bagi kesalahan berulang, serta denda maksimum boleh mencecah RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Sementara itu KESUMA turut menggalakkan majikan untuk memanfaatkan Dasar Gaji Progresif (DGP) yang bersifat sukarela dan bertindak sebagai pelengkap kepada pelaksanaan gaji minimum. 

“Melalui DGP, majikan berpeluang meningkatkan pendapatan pekerja berdasarkan produktiviti, kemahiran dan sumbangan kerja, sambil menikmati insentif tunai bersasar daripada kerajaan. 

“Ini bukan sahaja membantu syarikat mengekalkan pekerja berkemahiran tinggi, malah turut mengukuhkan daya saing jangka panjang dalam pasaran buruh yang semakin mencabar,” menurut kenyataan itu lagi.

Aduan mengenai pelaksanaan Perintah Gaji Minimum boleh dikemukakan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di seluruh negara atau melalui laman rasmi Kementerian Sumber Manusia manakala maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.minimumwages.mohr.gov.my.

Maklumat mengenai DGP pula boleh dilayari di  www.gajiprogresif.gov.my.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: KM Sabah, Premier Sarawak sertai rombongan bincang isu Laut Sulawesi di Jakarta 29 Julai – PM
Next: Batu Puteh: Dr Mahathir salah tapi tiada tindakan undang-undang kerana usianya sudah 100 tahun – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.