Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perintah berkurung darurat di Kashmir
  • GLOBAL

Perintah berkurung darurat di Kashmir

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMERIKSAAN… Seorang tentera paramilitan India mengarahkan seorang lelaki untuk berhenti bagi pemeriksaan di pusat pemeriksaan di Srinagar, Kashmir. • Foto AFP

SRINAGAR: Perintah berkurung diisytihar di seluruh Kashmir semalam, sebagai langkah berjaga-jaga menjelang ulang tahun pertama keputusan India melucutkan status separa autonomi wilayah itu.

Seorang pegawai kanan polis berkata, perintah itu berkuasa serta-merta dan berterusan sehingga hari ini (esok) merangkumi keseluruhan bandar utama Srinagar, berdasarkan perintah kerajaan.

“Perintah berkurung penuh akan dikuat kuasa di semua daerah di Kashmir,” katanya kepada AFP.

Perintah berkurung sepenuhnya bermakna hanya orang ramai yang mempunyai pas rasmi saja dibenarkan untuk keluar, lazimnya dikhususkan untuk perkhidmatan penting seperti polis dan profesional perubatan.

Penguatkuasaan ketat di wilayah pergunungan Himalaya yang sememangnya banyak sekatan itu bertujuan mengurangkan penyebaran Covid-19 selepas jangkitan melonjak walaupun selepas kegiatan ekonomi dan pergerakan awam dihadkan.

Berdasarkan satu lagi arahan kerajaan, perintah berkurung bagi mengawal pandemik Covid-19 akan dilanjutkan sehingga 8 Ogos ini.

Kenderaan polis yang lengkap dengan pembesar suara dilihat melakukan rondaan di seluruh Srinagar pada waktu malam, mengarahkan penduduk supaya kekal berada dalam rumah untuk tempoh dua hari.

Perintah berkurung itu dilakukan menjelang tarikh 5 Ogos, yang digelar sebagai ‘hari hitam’ berikutan rasa tidak puas hati penduduk Kashmir yang majoriti beragama Islam, terhadap kerajaan India.

Beberapa tindakan yang disifatkan mencabul hak penduduk Kashmir seperti membenarkan orang luar membeli tanah di wilayah itu, dibantah hebat.

Konflik di Kashmir sudah berlarutan sejak lebih tiga dekad lalu sehingga kini sudah meragut ribuan nyawa, kebanyakannya orang awam. – AFP

Continue Reading

Previous: Netanyahu didesak letak jawatan
Next: 100 terbunuh, tragedi letupan di Beirut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.