Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perhimpunan bulanan IPD Bau perkukuh disiplin dan profesionalisme
  • Selatan
  • WILAYAH

Perhimpunan bulanan IPD Bau perkukuh disiplin dan profesionalisme

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEGAWAI dan anggota polis menghadiri Perhimpunan Bulanan di pekarangan IPD Bau bagi memperkukuhkan disiplin dan semangat berpasukan.

BAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau menganjurkan perhimpunan bulanan bagi bulan Januari 2026 di pekarangan IPD Bau, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata, perhimpunan berkenaan menjadi platform penting dalam memperkukuhkan disiplin, profesionalisme serta semangat kerjasama dalam kalangan pegawai dan anggota.

Menurut beliau, seramai 83 pegawai dan kakitangan yang terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam menghadiri perhimpunan yang berlangsung dari 7.30 pagi hingga 8.30 pagi itu.

HAIDE menyerahkan surat penghargaan kepada pasukan yang berjaya menyelesaikan kes kecurian motosikal

“Perhimpunan bulanan ini penting bagi memperkukuhkan komitmen, integriti dan semangat berpasukan dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat,” katanya ketika berucap.

Dalam majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan surat penghargaan kepada beberapa anggota polis terpilih serta sijil penghargaan kepada pegawai Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) Daerah Bau atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan.

Perhimpunan tersebut turut diisi dengan nyanyian lagu patriotik, bacaan doa, lafaz ikrar taat setia Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rukun Negara serta ikrar antidadah sebelum diakhiri dengan sesi bergambar.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Kerja saliran Jalan Datuk Bandar Mustapha tunjuk kemajuan
Next: APM Spaoh musnah sarang tebuan demi keselamatan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.