Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Perhilitan tangkap beruang matahari
  • NASIONAL

Perhilitan tangkap beruang matahari

Utusan Sarawak 4 years ago

MARANG, 2 Feb -- Anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu memeriksa seekor beruang matahari yang masuk ke dalam perangkap di Kampung Pengkalan Berangan hari ini. Beruang jantan seberat 70 kilogram (kg) itu dipercayai datang dari hutan berhampiran masuk ke dalam perangkap yang dipasang pada 28 Januari lepas susulan aduan oleh pesara guru mengenai beruang itu telah merosakkan tanaman dan sarang madu kelulut miliknya. Beruang itu akan dilepaskan ke habitat yang sesuai di Taman Negara Terengganu tidak lama lagi. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

ANGGOTA Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu memeriksa seekor beruang matahari yang masuk ke dalam perangkap di Kampung Pengkalan Berangan semalam.• Foto BERNAMA

MARANG:  Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap dua ekor beruang jantan di Kampung Pengkalan Berangan, di sini dan  Kampung Batu Tiong, Dungun, yang dipercayai berkeliaran dan merosakkan tanaman penduduk.

Pengarah Perhilitan Terengganu Dr. Abdul Malek Mohd Yusof berkata, tangkapan kedua-dua beruang matahari itu merupakan yang pertama tahun ini, susulan aduan penduduk.

“Beruang seberat 70 kilogram (kg) ditangkap di Kampung Pengkalan Berangan awal pagi semalam, yang dipercayai datang dari hutan berhampiran.

“Seekor lagi beruang seberat 80 kg ditangkap di Kampung Batu Tiong, Dungun, malam semalam. Beruang itu masuk ke perangkap yang disediakan Perhilitan pada Ahad lepas,” katanya, ketika dihubungi Bernama.

Dr Abdul Malek berkata, kedua-dua haiwan itu akan dilepaskan ke habitat yang sesuai di Taman Negara Terengganu tidak lama lagi.

 Beliau turut menasihati penduduk agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terserempak dengan mana-mana haiwan liar, sebaliknya segera membuat aduan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Ali Yusof, 61, seorang pesara guru dari Kampung Pengkalan Berangan meluahkan rasa lega apabila beruang yang sering merosakkan log madu kelulut miliknya sejak 15 Januari lepas akhirnya berjaya ditangkap Perhilitan.

Ali berkata, beliau kerugian hampir RM10,000 apabila 16 log madu kelulut yang dipelihara di belakang rumahnya rosak akibat serangan haiwan liar tersebut.– Bernama
 

Continue Reading

Previous: Tindakan lebih tegas terhadap individu ingkar PKP
Next: Isa Samad dipenjara 6 tahun, denda RM15.45 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.