Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perhebatkan promosi penginapan di Pantai Tanjung Kembang demi pendapatan berterusan
  • TEMPATAN

Perhebatkan promosi penginapan di Pantai Tanjung Kembang demi pendapatan berterusan

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir mempengerusikan sesi libat urus bersama LAKIK dan HK Enterprise yang berlangsung di Dewan Tertutup RTP Pantai Tanjung Kembang, Kabong, baru-baru ini. Foto: ADUN Kabong.

KABONG: Pihak pengurusan penginapan di Pantai Tanjung Kembang Kabong digesa untuk mempergiat dan menyebarluaskan promosi destinasi berkenaan secara berterusan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan mampan di kawasan tersebut.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, langkah proaktif dalam pemasaran adalah kunci utama bagi memastikan kadar pendapatan penginapan tersebut sentiasa menunjukkan trend peningkatan pada setiap bulan.

​Beliau menegaskan bahawa strategi promosi tidak seharusnya bersifat bermusim atau hanya tertumpu kepada penganjuran acara tertentu semata-mata bagi menarik kehadiran pelancong.

PEMBENTANGAN Laporan Prestasi Kewangan Fasa 13 dan 14 oleh wakil pengurusan sebagai langkah memperkukuh tadbir urus dan strategi operasi Chalet LAKIK. Foto: ADUN Kabong.

​Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan sesi libat urus bersama Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK) dan HK Enterprise yang berlangsung di Dewan Tertutup RTP Pantai Tanjung Kembang, di sini, baru-baru ini.

​ Chee Kadir turut menzahirkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam menyokong pembangunan institusi kebajikan Islam melalui sokongan dana yang konsisten.

​Beliau kemudiannya menyampaikan sumbangan projek khas kerajaan Sarawak berjumlah RM30,000 kepada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK) sebagai sokongan terhadap gerak kerja kebajikan mereka.

SESI libat urus ini menjadi pemangkin kerjasama strategik antara pihak pengurusan dan pemegang taruh demi menjana pendapatan berterusan untuk manfaat masyarakat Kabong. Foto: ADUN Kabong.

Sesi libat urus tersebut diadakan bertujuan membincangkan prestasi pengurusan serta perkembangan operasi Chalet LAKIK Pantai Tanjung Kembang, di samping memperkukuhkan kerjasama strategik antara pihak pengurusan dan pemegang taruh berkaitan.

​Antara pengisian utama dalam pertemuan itu adalah pembentangan Laporan Prestasi Kewangan Fasa 13 (Julai hingga September 2025) dan Fasa 14 (Oktober hingga Disember 2025) yang disampaikan oleh wakil pengurusan, Hanim Kamaludin.

​Hadir sama dalam sesi tersebut Pengerusi LAKIK, Kaunselor Ulin Tabur, serta wakil pengurusan daripada HK Enterprise, Kamaluddin Alkap, bagi memberi input tambahan terhadap operasi chalet tersebut.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lo Khere Chiang ucap terima kasih kepada JKR dan CMS, tunaikan janji siapkan baik pulih jalan
Next: Enam individu ditahan Operasi Cegah AADK Kota Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.