Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perhebat usaha dekati masyarakat, tingkatkan ilmu keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

Perhebat usaha dekati masyarakat, tingkatkan ilmu keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 6 hours ago

CERAMAH… Mahmudin Narudin menerangkan cara penggunaan alat pemadam api. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Usaha mendekati masyarakat dan memperkasakan ilmu keselamatan kebakaran terus dipergiatkan oleh pihak bomba menerusi program santai tetapi berimpak tinggi di peringkat komuniti.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin bersama dua anggota bomba telah turun padang ke Pusat Komuniti Dewan Masakan di sini baru-baru ini bagi mengadakan sesi taklimat dan perkongsian berkaitan media pemadaman serta penggunaan alat pemadam api.

Katanya, program tersebut disertai oleh tujuh peserta yang terdiri daripada komuniti setempat. 

“Program ini bertujuan memberi pendedahan asas mengenai pencegahan kebakaran dan tindakan awal semasa berdepan kecemasan.

“Antara pengisian utama ialah taklimat ringkas berkaitan pencegahan kebakaran serta pengenalan jenis-jenis media pemadaman dan alat pemadam api yang sesuai digunakan mengikut situasi tertentu,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mahmudin, program sebegini penting bagi meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap peranan mereka dalam mencegah kebakaran di peringkat awal.

“Walaupun jumlah peserta tidak ramai, impaknya besar kerana ilmu yang disampaikan mampu menyelamatkan nyawa dan harta benda jika diaplikasikan dengan betul. 

“Pendekatan mendekati komuniti secara langsung adalah langkah efektif untuk memperkukuh jaringan keselamatan kebakaran secara menyeluruh.

“Pihak kami sentiasa berusaha meneruskan aktiviti kesedaran sebegini secara berterusan, terutamanya di kawasan berisiko dan lokasi tumpuan awam,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tunggul nipah tersangkut pada ‘perangkap getah’ berjaya dialihkan
Next: 28 KMKK DUN Lambir terima sijil pelanjutan, pelantikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.