Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pergolakan Asia Barat: 16 jemaah umrah dari Sarawak turut terkandas di Makkah
  • SEMASA

Pergolakan Asia Barat: 16 jemaah umrah dari Sarawak turut terkandas di Makkah

Utusan Sarawak 11 hours ago

Tairini (berdiri empat dari kiri) bersama Jaguh Muay Thai negara Muhamad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo (berdiri tiga dari kiri) bersama jemaah umrah lain ketika berada di Masjid Quba, Madinah.

KUCHING: Seramai 16 jemaah umrah dari Sarawak adalah antara 280 warga Malaysia di bawah kendalian sebuah agensi kini terkandas di Makkah selepas penerbangan pulang mereka petang Ahad (1 Mac) dibatalkan berikutan pergolakan di Asia Barat hingga ruang udara terjejas.

Seorang jemaah dari Matu, Tairini Abin, 60, ketika dihubungi Utusan Sarawak memberitahu, mereka sepatutnya berangkat dari Jeddah pada jam 7 petang (1 Mac) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 9 pagi Isnin, 2 Mac.

“Bagaimanapun, penerbangan MAS dibatalkan yang memaksa kami terus tinggal di Makkah.

“Kami sepatutnya berangkat ke Jeddah jam 10 pagi (1 Mac). Pihak Andalusia mengarahkan kami untuk terus tinggal di hotel di Makkah sementara menunggu ‘lampu hijau’ untuk ke Jeddah dan seterusnya kembali ke Malaysia.

“Setakat ini kami diberitahu paling awal penerbangan kami ialah pada 4 Mac,” katanya yang juga seorang jurutera.

Rombongan jemaah umrah ketika berada di luar Masjid Nabawi, sekitar Masjid Saidina Ali.

Beliau berkata,  kumpulan jemaah Andulisia yang bersama mereka ialah seramai 283 dan berada di Makkah sejak hari pertama Ramadan.

Daripada jumlah itu, 16 dari Sarawak dan empat dari Sabah. 

Semalam, Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines melanjutkan penggantungan semua penerbangan ke dan dari Doha (DOH), Jeddah (JED), serta Madinah (MED) sehingga 4 Mac 2026, susulan pembatalan yang dilaksanakan bermula 28 Februari hingga 1 Mac 2026. 

Menurut syarikat induknya, Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), ini berikutan penutupan berterusan ruang udara di beberapa bahagian di Asia Barat di tengah-tengah perkembangan keselamatan serantau yang semakin memuncak. 

Continue Reading

Previous: Warga Malaysia di perantauan bimbang perang jejas perancangan balik beraya
Next: Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi ditutup kepada orang ramai hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.