Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Perginya pejuang ilmu, UTS anugerahkan Ijazah Anumerta kepada John Jerel
  • INSPIRASI

Perginya pejuang ilmu, UTS anugerahkan Ijazah Anumerta kepada John Jerel

Utusan Sarawak 14 hours ago
JENNY (kiri) yang ditemani suaminya, Joseph Barnabas (kanan), menerima skrol ijazah mendiang yang disampaikan oleh Tun Wan Junaidi pada Majlis Konvokesyen ke-10 UTS, hari ini.

SIBU: Kenangan manis bersama rakan dan pensyarah menjadi antara perkara terakhir yang sering disebut oleh mendiang John Jerel Joseph, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kepujian) Universiti Teknologi Sarawak (UTS) yang meninggal dunia akibat kanser sarcoma, Februari lalu.

Ibunya, Jenny Then, 57, berkata anak keduanya itu amat menghargai layanan baik yang diterimanya sepanjang menuntut di universiti berkenaan, malah menganggap warga kampus sebagai sebahagian daripada keluarganya.

“Dia sangat sayang UTS kerana rakan-rakan dan pensyarah semua sangat baik kepadanya. Dia benar-benar merasai kasih sayang di sini, sebab itu minatnya terhadap UTS sangat tinggi,” katanya ketika ditemui selepas menerima Anugerah Anumerta (Posthumous Award) bagi pihak anaknya pada Majlis Konvokesyen ke-10 UTS di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, di sini, hari ini.

Skrol penganugerahan disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Jenny berkata, walaupun mendiang menghadapi penyakit yang agresif, semangatnya untuk menamatkan pengajian tidak pernah pudar.

JENNY dan suaminya, Joseph Barnabas ketika ditemui media selepas Majlis Konvokesyen ke-10 UTS, hari ini.

“Setiap kali selesai rawatan, dia tetap berazam untuk kembali ke UTS. Dia pernah berkata, ‘Mummy, I’m very happy. Now I can go.’ Saya tahu dia sudah reda dengan keadaannya,” katanya dalam nada sebak.

Menurutnya, sebelum pemergiannya, John berpesan agar sijil konvokesyennya diterima sendiri oleh keluarga di pentas yang merupakan satu hasrat terakhir yang ditunaikan hari ini.

Mendiang, yang meninggal dunia pada 26 Februari lalu pada usia 25 tahun, dikenali sebagai pelajar rajin, berdikari dan menghormati keluarga.

“Semasa cuti dari UTS, dia bekerja sendiri untuk menampung perbelanjaannya. Semua alat dan gajet dibeli menggunakan wang sendiri kerana memahami tanggungjawab keluarga. Namun Tuhan lebih menyayanginya,” ujar Jenny.

Dilahirkan pada 1 Jun, John yang digelar ibunya sebagai “anak Gawai” meminati bidang kejuruteraan elektrik sejak kecil dan bercita-cita untuk menjadi ‘chargeman’ selepas menamatkan sijil ‘wireman’.

Beliau juga berhasrat bekerja di luar pesisir, khususnya di Dubai, bagi mengejar minat dalam bidang kejuruteraan dan membantu keluarga

Jenny turut merakamkan penghargaan kepada Senat, pensyarah serta seluruh warga UTS atas sokongan moral dan keprihatinan yang diberikan sepanjang tempoh anaknya menjalani rawatan serta selepas pemergiannya.

“Saya amat berterima kasih kepada pihak UTS yang begitu mengambil berat terhadap anak saya. Saya percaya UTS ialah universiti yang sangat baik dan masa depan yang cerah menanti para pelajar di sini,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Kejayaan hasil usaha gigih dan semangat tidak putus asa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.