
KUCHING: Tinjauan sekitar beberapa kawasan di bandar raya Kuching menunjukkan hujan berterusan melanda sejak semalam hingga setakat 12.00 tengah hari ini.
Tinjauan di sekitar bandar raya mendapati jalan raya basah dan pergerakan trafik sedikit perlahan, khususnya pada waktu puncak.

Situasi ini selari dengan Amaran Hujan Berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pada 6.30 pagi, 31 Disember 2025.
Di bawah Seksyen A (Buruk), hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Kuching, Serian (Serian) dan Samarahan sehingga Khamis, 1 Januari 2026, sekali gus meningkatkan risiko banjir di kawasan rendah.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, merancang perjalanan dengan teliti serta memantau perkembangan cuaca semasa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Oleh Masrin Affirah