Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pergerakan kumpulan pertama Jemaah haji Malaysia pulang ke tanah air lancar
  • SEMASA

Pergerakan kumpulan pertama Jemaah haji Malaysia pulang ke tanah air lancar

Utusan Sarawak 20 hours ago

PERGERAKAN pulang kumpulan pertama jemaah haji Malaysia (KT001) ke tanah air yang melibatkan seramai 277 orang dari bangunan penginapan Abraj Al Janadriyah ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah berjalan lancar. Kesemua jemaah KT001 tersebut akan menaiki pesawat MH8050 pada pukul 5.40 pagi waktu tempatan hari ini (14 Jun) dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 8.10 malam hari sama waktu Malaysia. foto BERNAMA

MAKKAH:  Pergerakan pulang kumpulan pertama jemaah haji Malaysia (KT001) ke tanah air melibatkan 277 orang dari bangunan penginapan Abraj Al Janadriyah ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah berjalan lancar.

Kesemua jemaah KT001 berkenaan akan menaiki pesawat MH8050 pada 5.40 pagi waktu tempatan, hari ini (Sabtu) dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pukul 8.10 malam hari sama waktu Malaysia.

Pelepasan enam bas itu disempurnakan Ketua Rombongan Haji, Mohd Hisham Harun di pekarangan hotel penginapan Abraj Al Janadriyah pada 9.50 malam tadi.

Terdahulu, kumpulan ini tiba di Madinah pada 29 April dan telah berada kira-kira 48 hari di Tanah Suci untuk melaksanakan umrah wajib sebelum selesai melaksanakan ibadah haji minggu lepas.

Sebanyak 31,600 jemaah haji Malaysia dijangka pulang ke tanah air secara berperingkat melalui Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz dan Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz, Madinah dengan menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines.

Penerbangan terakhir kumpulan jemaah haji Malaysia dijadualkan berlepas dari Madinah pada 10 Julai, 10.40 pagi waktu tempatan dan mendarat di KLIA pada 12.35 tengah malam (11 Julai).– Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak tuan rumah sekali lagi, anjur Festival Koir Antarabangsa 2025
Next: Pemasangan sistem telematik pada kenderaan berat perkukuh keselamatan pengangkutan awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.