Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pergaduhan cemar perarakan Chap Goh Meh di Bau, polis kenal pasti suspek
  • JENAYAH

Pergaduhan cemar perarakan Chap Goh Meh di Bau, polis kenal pasti suspek

Utusan Sarawak 4 hours ago
PERGADUHAN di stesen bas Bau.

BAU: Polis telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan yang mencetuskan kekecohan semasa perarakan Chap Goh Meh di Pekan Bau pada malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A. Rahman berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam pergaduhan.

Menurutnya, pihak polis mengesan kejadian itu selepas satu video berdurasi lima saat tular di Facebook yang dipercayai berlaku dalam Daerah Bau.

“Kejadian berlaku kira-kira 9.30 malam pada 3 Mac di kawasan parkir stesen bas Bau di Jalan Penghulu Durin semasa perarakan Chap Goh Meh,” katanya.

Beliau berkata, video tersebut memaparkan tiga lelaki yang terlibat dalam pergaduhan ketika persembahan tarian singa dan perarakan berlangsung.

“Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan tercetus apabila seorang lelaki menjerit di telinga seorang lagi tanpa sebab, menyebabkan berlaku pertengkaran mulut sebelum salah seorang bertindak memukul,” katanya.

Tambah beliau, rakan-rakan yang berada di tempat kejadian telah meleraikan pergaduhan tersebut dalam tempoh kira-kira satu minit dan tiada kecederaan dilaporkan serta tiada kerosakan harta benda.

“Kedua-dua individu telah tampil membuat laporan polis dan mengaku terlibat. Mereka juga telah berdamai dan tiada kejadian berulang,” katanya.

Mohd Haide berkata, status kes adalah selesai kerana suspek telah dikenal pasti, namun siasatan lanjut termasuk merakam percakapan saksi lain masih diteruskan.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Padawan tahan lelaki 37 tahun, rampas 5.5 gram syabu di Batu Kawa
Next: Dakwaan James Chai tidak benar, prosedur siasatan ikut standard – SPRM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.