Wanita warga Australia hilang ketika mendaki Gunung Santubong

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Seorang wanita warga Australia dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti mendaki di Gunung Santubong malam ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.20 malam.

Difahamkan, dua warga Australia terlibat dalam aktiviti pendakian tersebut, namun hanya seorang berjaya turun dan diselamatkan oleh pihak pengurusan Taman Negara Santubong.

Seorang lagi mangsa dipercayai masih berada di kawasan gunung dan belum ditemui setakat ini.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya seramai enam orang telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut serta menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Operasi tersebut diketuai oleh Mohd Nizam Bujang dengan kekuatan satu Jentera Bomba dan Penyelamat (FRT) dan satu unit Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).

Setakat ini, usaha mengesan mangsa masih giat dijalankan.

Buruh ditahan miliki syabu di Selangau

SELANGAU, 20 Oktober: Polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun serta merampas dadah disyaki jenis syabu, semalam. Ketua Polis