Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pereka fesyen terkemuka Itali, Giorgio Armani meninggal dunia pada usia 91 tahun
  • GLOBAL

Pereka fesyen terkemuka Itali, Giorgio Armani meninggal dunia pada usia 91 tahun

Utusan Sarawak 18 hours ago

Pereka fesyen Itali, Giorgio Armani. Foto fail AFP

ROME: Legenda fesyen Itali, Giorgio Armani, raja empayar gaya hidup mewah, meninggal dunia pada usia 91 tahun dikelilingi oleh orang tersayangnya, menurut kenyataan syarikatnya pada Khamis.

“Dengan kesedihan yang tidak terhingga, Kumpulan Armani mengumumkan pemergian pencipta, pengasas dan penggerak utama tanpa mengenal penat lelah: Giorgio Armani,” kata kenyataan itu.

Pereka fesyen kontemporari paling terkenal itu membuka rumah fesyennya di Milan pada 1975, pantas melonjak ke puncak industri dan kemudiannya menata gaya ramai bintang terkenal.

Pereka fesyen Itali, Giorgio Armani pada siri ‘One Night Only’ di Dubai 26 Oktober 2021. Foto fail AFP

Menurut kumpulan itu, pengebumiannya akan diadakan secara tertutup, namun orang ramai boleh memberi penghormatan lebih awal di bilik mayat yang dibuka pada Sabtu dan Ahad di Milan.

“Il Signor Armani, sebagaimana beliau sentiasa dipanggil dengan penuh hormat dan kekaguman oleh para pekerja dan rakan kerjasama, meninggal dunia dengan tenang, dikelilingi orang tersayang,” kata kenyataan itu lagi.

“Tidak pernah mengenal penat hingga ke akhirnya, beliau bekerja sehingga hari-hari terakhirnya, menumpukan sepenuh jiwa kepada syarikat, koleksi serta pelbagai projek yang sedang dan bakal dilaksanakan,” tambah kenyataan itu.

Armani sebelum ini membatalkan pertunjukan fesyen lelaki di Milan tahun ini atas faktor kesihatan.

Beliau juga tidak menghadiri pertunjukan Paris Armani Prive atas arahan doktor.

“Dalam 20 tahun Armani Prive, ini kali pertama saya tidak berada di Paris,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP pada Julai lalu.

“Doktor saya menasihatkan lebih banyak rehat, walaupun saya rasa sudah bersedia.”

Beliau menambah bahawa beliau telah “mengikuti dan menyelia setiap aspek pertunjukan itu dari jauh”, sambil menegaskan: “Saya meluluskan dan menandatangani segala yang anda akan lihat.”

Ikon Itali itu dinobatkan sebagai pencipta fesyen karpet merah, namun beliau juga menceburi segmen lebih muda dan mampu milik melalui Emporio Armani, selain membuka hotel mewah.

Pemergiannya berlaku hanya beberapa minggu sebelum sambutan ulang tahun ke-50 jenama yang membawa namanya.

Menteri Kebudayaan Itali, Alessandro Giuli, mengetuai penghormatan dengan menyifatkan Armani sebagai “tokoh terkemuka dalam budaya Itali, yang mampu mengubah keanggunan menjadi bahasa sejagat.”

“Gaya beliau yang ringkas tetapi inovatif mentakrifkan semula hubungan antara fesyen, perfileman dan masyarakat, meninggalkan kesan mendalam dalam budaya kontemporari,” katanya.

“Beliau bukan sahaja seorang maestro fesyen, tetapi juga duta Itali yang diiktiraf di seluruh dunia.” – AFP

Continue Reading

Previous: Lelaki Britain mengaku tidak bersalah rempuh penyokong Liverpool
Next: Bekas Menteri Pendidikan Indonesia dinamakan suspek kes rasuah 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.