Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Pereka Australia Katie Perry menang pertikaian tanda dagangan dengan penyanyi Katy Perry
  • HIBURAN

Pereka Australia Katie Perry menang pertikaian tanda dagangan dengan penyanyi Katy Perry

Utusan Sarawak 4 hours ago
PEREKA fesyen dari Australia, Katie Perry (kiri) dan bintang pop Amerika Syarikat, Katy Perry (kanan).

SYDNEY, Australia: Seorang pereka fesyen dari Australia, Katie Perry, memenangi hak untuk menjual pakaian menggunakan namanya sendiri selepas meraih kemenangan dalam pertikaian tanda dagangan yang berlarutan selama bertahun-tahun dengan bintang pop Amerika Syarikat, Katy Perry.

Pereka Katie Perry menuduh penyanyi yang jauh lebih terkenal dengan nama hampir sama itu melakukan pelanggaran tanda dagangan, dengan berhujah bahawa beliau telah menuntut hak ke atas jenama ‘Katie Perry’ sebelum penyanyi berkenaan menjadi sensasi global.

Namun, penyanyi Katy Perry berkata muziknya sudah pun ‘tular’ ketika pereka itu mula menjual pakaian sekitar 2008, dan memohon agar tanda dagangan Australia berkenaan dibatalkan.

Mahkamah Australia sebelum ini memihak kepada penyanyi tersebut dengan memutuskan pada 2024 bahawa tanda dagangan pakaian itu perlu dibatalkan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Australia kini memihak kepada pereka tempatan itu selepas rayuan dibuat, dengan mendapati tidak mungkin wujud risiko ‘kekeliruan’ antara kedua-duanya.

“Setahu saya, dia seorang penyanyi dan bukan pereka fesyen,” tulis pereka Australia itu dalam satu hantaran blog pada 2024.

“Sebagai peringatan, nama sebenar penyanyi itu ialah Katheryn Elizabeth Hudson.” – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Shahida kongsi pengalaman besarkan anak disleksia, ADHD, tekankan kepentingan terapi
Next: Pengalaman pertama sebagai isteri jadi inspirasi Amira Othman hasilkan ‘Bincang Raya’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.