Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perdana Menteri Mongolia letak jawatan
  • GLOBAL

Perdana Menteri Mongolia letak jawatan

Utusan Sarawak 3 days ago

Perdana Menteri Mongolia, Luvsannamsrain Oyun-Erdene tunduk selepas kehilangan jawatannya dalam satu undian di Ulaanbaatar, ibu negara Mongolia. - Foto AFP

ULAANVAATAR: Perdana Menteri Mongolia, Luvsannamsrain Oyun-Erdene, hari ini meletakkan jawatan selepas tewas dalam undi percaya di Parlimen, menurut kenyataan rasmi.

Undian secara rahsia itu diadakan selepas beberapa hari protes di ibu negara, Ulaanbaatar berhubung dakwaan rasuah.

Menurut kenyataan itu, Oyun-Erdene akan kekal sebagai perdana menteri interim sehingga pengganti beliau dilantik dalam tempoh 30 hari.

Mongolia, sebuah negara demokrasi yang terletak di utara Asia dan tidak mempunyai laluan laut, sekian lama bergelut dengan isu rasuah yang berakar umbi selama beberapa dekad.

Ramai rakyat Mongolia percaya golongan elit kaya negara itu mengaut keuntungan daripada ledakan industri perlombongan arang batu selama beberapa tahun, namun kebajikan rakyat diabaikan.

Sejak Luvsannamsrain Oyun-Erdene mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2021, kedudukan Mongolia dalam Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International merosot dengan ketara.

Negara itu sering menyaksikan protes dan ketidakstabilan termasuk ratusan anak muda yang turun ke jalanan di Ulaanbaatar minggu lalu bagi menuntut beliau meletakkan jawatan.

Kemarahan rakyat semakin memuncak susulan timbul dakwaan ahli keluarga perdana menteri menjalani gaya hidup mewah yang jauh melangkaui kemampuan seorang penjawat awam bergaji kerajaan.

Dalam kenyataan kepada AFP bulan lalu, pejabat perdana menteri menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai fitnah berniat jahat.

Kebimbangan mengenai ekonomi dan peningkatan kos sara hidup turut memburukkan keadaan.

Bagaimanapun, terdapat juga sekumpulan penunjuk perasaan yang menyokong perdana menteri yang kebanyakannya daripada golongan berusia berhimpun sebagai tindak balas kepada gerakan propembangkang.

Mongolia kini ditadbir oleh kerajaan campuran tiga pihak sejak pilihan raya tahun lalu, selepas Parti Rakyat Mongolia (MPP) pimpinan Oyun-Erdene kehilangan majoriti besar. 

Namun, bulan lalu, MPP telah menyingkirkan Parti Demokratik (DP), kumpulan kedua terbesar daripada perjanjian gabungan selepas beberapa ahli mudanya menyokong gesaan Oyun-Erdene meletak jawatan.

Tindakan itu mendorong landskap politik negara ke arah ketidaktentuan yang lebih besar.

Seramai 82 ahli parlimen mengambil bahagian dalam undian rahsia itu dengan 44 menyokong undi percaya terhadap Oyun-Erdene dikekalkan, manakala 38 menolak.

Namun, undian itu gagal mencapai ambang minimum 64 undi yang diperlukan daripada keseluruhan 126 kerusi Parlimen, sekali gus mendorong Oyun-Erdene meletakkan jawatan. – AFP

Continue Reading

Previous: Neuralink milik Elon Musk tamatkan pusingan pembiayaan Siri E
Next: Perlumbaan perahu naga semakin popular di serata dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.