Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Perdagangan Malaysia catat rekod bersejarah RM1.127 trilion bagi tempoh Januari-April 2026
  • BISNES

Perdagangan Malaysia catat rekod bersejarah RM1.127 trilion bagi tempoh Januari-April 2026

Utusan Sarawak 4 hours ago
PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan Malaysia melonjak 15.3 peratus tahun ke tahun kepada RM1.127 trilion bagi tempoh Januari hingga April 2026 sekali gus mencipta sejarah baharu, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Prestasi itu dipacu oleh lonjakan permintaan terhadap produk pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) serta strategi kepelbagaian pasaran yang terancang.

Dalam satu kenyataan hari ini, MATRADE menyatakan eksport melonjak 19 peratus kepada RM609.31 bilion manakala import meningkat 11.1 peratus kepada RM517.40 bilion, sekali gus mencatatkan nilai tertinggi yang pernah direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

“Ini menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM91.92 bilion, lonjakan luar biasa sebanyak 99.1 peratus yang secara efektif menggandakan prestasi tahun sebelumnya,” jelasnya.

MATRADE menambah Malaysia menunjukkan daya tahan sektor luaran yang luar biasa meskipun di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik yang semakin meruncing di Asia Barat. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Sarawak masuk fasa baharu pembangunan industri acara perniagaan di IMEX Frankfurt 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.