Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Percubaan seleweng bahan api tumpas
  • TEMPATAN

Percubaan seleweng bahan api tumpas

Utusan Sarawak 5 years ago
PERIKSA… Pasukan Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Sri Aman ketika memeriksa simpangan bahan api petroleum yang disyaki cuba diseleweng oleh seorang suspek lelaki di sebuah stesen minyak dalam Bandar Simanggang pada pagi Selasa lepas.

VALENTINE NGUMBANG

SIMANGGANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sri Aman telah berjaya menumpas percubaan menyeleweng bahan api petroleum oleh seorang suspek lelaki di sebuah stesen minyak di sini pagi Selasa lepas.

Ketua Cawangannya, Pelani Kemiti berkata, percubaan berkenaan berjaya ditumpas oleh sepasukan Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP setelah menerima aduan daripada orang ramai berhubung perkara itu menerusi panggilan telefon.

“Setibanya di stesen minyak itu, pihak kami segera menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 38 tahun dan meminta dia menunjukkan dokumen kebenaran bertulis bagi membeli serta menyimpan bahan api petroleum daripada pengawal bekalan.

“Bagaimanapun suspek tersebut gagal menunjukkan dokumen berkenaan dengan sejumlah 1,500 liter bahan api segera dirampas oleh pasukan Pegawai Penguatkuasa kami daripada lorinya di stesen minyak berkenaan,” kata beliau.

Suspek kata Pelani telah ditahan oleh pihaknya dan diambil keterangan berhubung percubaan menyeleweng bahan api berkenaan sebelum dia dibebas dengan jaminan polis dan seorang penjamin iaitu isteri suspek berkenaan.

Malah, pihaknya kata beliau juga turut bertindak menyita sebuah lori yang digunakan oleh suspek bagi tujuan itu dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan bahan api termasuk kenderaan berkenaan adalah RM32,175.

“Suspek bagi kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan seterusnya dibaca bersama dengan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” kata beliau.

Pelani berkata, KPDNHEP Sri Aman akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak termasuk pengusaha minyak jika mereka didapati bersalah melakukan aktiviti penyelewengan bahan api petroleum di kawasan ini.

“Orang ramai boleh memasuki laman web EZ ADU KPDNHEP, laman Facebook rasmi KPDNHEP Sri Aman atau membuat panggilan terus ke nombor bilik gerakan kami iaitu 083323836 jika hendak membuat aduan mengenai salah laku peniaga di kawasan masing-masing kelak,” kata beliau.

Continue Reading

Previous: Sibu tubuh talian hotline aduan Covid-19
Next: Bomba bantu tangkap ular masuk dapur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.