Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Percaya hanya kerajaan mampu selesai isu komuniti Penan – Gerawat
  • SEMASA

Percaya hanya kerajaan mampu selesai isu komuniti Penan – Gerawat

Utusan Sarawak 1 month ago
DATUK Gerawat Gala merakam gambar bersama ketua masyarakat dan ketua kaum Penan dari Ulu Baram merakam kenangan bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak hari kedua di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.
Foto Herriey Naha

PETRA JAYA: Seramai lebih 40 ketua masyarakat Penan dari Baram telah mengunjungi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala, kehadiran mereka bukan hanya untuk meraikan Aidilfitri tetapi juga menyatakan sokongan penuh kepada kerajaan.

“Para pemimpin masyarakat ini menolak campur tangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana mereka percaya hanya kerajaan yang mampu menyelesaikan isu yang dihadapi oleh komuniti mereka.

“Mereka menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak mahu NGO menjadi jurucakap mereka kerana mereka adalah pemimpin dalam masyarakat sendiri dan tahu apa yang terbaik untuk komuniti mereka.

“NGO hanya pandai bersuara tetapi tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah masyarakat Penan, justeru, para ketua masyarakat mahu berurusan secara langsung dengan kerajaan,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa Air Borneo boleh memainkan peranan penting dalam memperbaiki sistem pengangkutan di kawasan pedalaman Sarawak dengan meningkatkan kemudahan di enam lapangan terbang kecil di Baram.

Dalam pada itu, Pemanca Penan Bahagian Miri, Hennesser Uning Bong, pula mendedahkan bahawa ketua-ketua masyarakat yang hadir dalam pertemuan itu mewakili lebih 20,000 penduduk Penan dari lebih 80 penempatan di kawasan Baram dan Belaga.

“Masyarakat Penan memerlukan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, perumahan, tanah perkebunan, sekolah, dan klinik untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

“Kami mahu pembangunan dan kemajuan kerana jika ada jalan, lebih mudah untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan mendapatkan rawatan di klinik.

“Masyarakat Penan kini lebih memahami hak dan keperluan mereka tanpa perlu bergantung kepada NGO untuk menjadi jurucakap bagi menyuarakan suara mereka,” ujarnya.

Majlis Rumah Terbuka yang berlangsung itu turut menjadi platform penting bagi masyarakat luar bandar untuk menyuarakan keperluan mereka secara langsung kepada pemimpin kerajaan.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tiada kenaikan tarif elektrik di Sarawak
Next: Kunjungan Komuniti Penan bina keyakinan terhadap kepimpinan kerajaan negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.