Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Perbincangan kabel dasar laut Sarawak-Singapura, dijangka selesai suku pertama tahun ini – Abang Johari
  • SEMASA

Perbincangan kabel dasar laut Sarawak-Singapura, dijangka selesai suku pertama tahun ini – Abang Johari

Utusan Sarawak 3 months ago

Abang Johari selepas menyampaikan syarahan umum di Institut Yusof Ishak (ISEAS) di Singapura, hari ini. Foto UKAS

SINGAPURA: Perbincangan mengenai kaedah pembinaan kabel dasar laut bagi projek sambungan elektrik berkapasiti 1,000 megawatt (MW) dari Sarawak ke Singapura dijangka selesai pada suku pertama tahun ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perbincangan ini akan diikuti dengan pemeteraian perjanjian bersyarat antara Malaysia dan Singapura.

“Pada masa ini, perbincangan mengenai kaedah pembinaan kabel ini masih berlangsung.

“Saya menjangkakan perbincangan ini akan selesai pada suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan pemeteraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan syarahan umum di Institut Yusof Ishak (ISEAS) di sini, hari ini.

Abang Johari berkata perkara ini juga dibincangkan dalam mesyuarat dua hala yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong.

Katanya, pemasangan kabel dasar laut ini melibatkan pelbagai faktor teknikal, termasuk tempahan dan pemasangan kabel, kerana hanya terdapat tiga kabel dasar laut seumpamanya di dunia.

Projek ini dijangka menjadi langkah penting dalam kerjasama tenaga serantau serta mengukuhkan peranan Sarawak sebagai pembekal tenaga hijau. – EDISI UKAS

Continue Reading

Previous: Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial – Abang Johari
Next: Banjir: Jumlah mangsa kini turun bawah seribu, hanya tinggal 9 PPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.