Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perbincangan bersemuka penting selesai isu penduduk DUN Kalaka 
  • Tengah
  • WILAYAH

Perbincangan bersemuka penting selesai isu penduduk DUN Kalaka 

Utusan Sarawak 2 days ago
MOHAMAD Duri semasa sesi perbincangan bersama Tuai Rumah Rengan dari Rumah Rengan, Selambong serta Setiausaha JKKK Rumah Rengan dI Saratok hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menegaskan bahawa perbincangan secara bersemuka amat penting dalam usaha mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka.

Menurut beliau, pendekatan turun padang dan bertemu secara langsung dengan masyarakat membolehkan wakil rakyat memahami keperluan sebenar penduduk serta mengambil tindakan yang lebih berkesan.

Mohamad Duri berkata demikian semasa sesi perbincangan bersama Tuai Rumah Rengan dari Rumah Rengan, Selambong serta Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Rengan bagi membincangkan cadangan naik taraf rumah panjang berkenaan yang terletak di seberang Pekan Saratok.

“Rumah panjang ini masih mengekalkan seni bina tradisional yang menjadi warisan masyarakat tempatan.

“Namun, beberapa bahagian telah mengalami kerosakan dan memerlukan perhatian segera bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan penghuninya,” jelasnya.

Mohamad Duri turut menambah bahawa hasil perbincangan bersemuka itu membolehkan semua pihak memberi pandangan serta mencapai persetujuan secara bersama demi kepentingan komuniti setempat.

Turut hadir dalam sesi tersebut, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Ujian ketahanan fizikal dan mental: Latihan lasak APM di Spaoh, Betong dan Debak
Next: Polis dan SMK Kanowit perkukuh kerjasama demi keselamatan pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.