Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perbincangan AS, Rusia temui jalan buntu
  • GLOBAL

Perbincangan AS, Rusia temui jalan buntu

Utusan Sarawak 3 years ago
SETIAUSAHA Negara Antony Blinken berucap di bilik taklimat Jabatan Negara di Washington.• Foto AFP

RUSIA: Susulan konflik di Ukraine dan keadaan di Eropah pasca-Perang Dingin, Amerika Syarikat dan Rusia mengadakan perbincangan kritikal.

Ia bagi membentuk masa depan bukan sahaja berkait hubungan kedua-dua negara tetapi hubungan antara Amerika Syarikat dan sekutu NATOnya.

Bagaimanapun, perbezaan ketara pendirian kedua-dua negara menjadi petanda buruk bagi sebarang jenis penyelesaian pantas.

Setiausaha Negara Antony Blinken pada Ahad tanpa berselindung mengakui tidak menjangkakan apa-apa kejayaan dalam masa terdekat mengenai perbincangan berkenaan.

“Untuk mencapai kemajuan sebenar, adalah amat sukar untuk melihatnya apabila keadaan menjadi bertambah buruk.

“Apabila Rusia menghantar 100,000 tentera ke kawasan berhampiran sempadan Ukraine, kemungkinan jumlah itu akan berganda tidak lama lagi.

“Jadi, jika kita melihat keadaan bertambah baik, jika kita melihat pengurangan ketegangan, itulah jenis persekitaran di mana kita boleh membuat kemajuan sebenar dan, sekali lagi, menangani kebimbangan yang munasabah di kedua-dua pihak,” katanya.

Pegawai Amerika Syarikat pada Sabtu mendedahkan beberapa butiran pendirian pentadbiran, yang dilihat tidak memenuhi tuntutan Rusia.

Para pegawai berkata pada Sabtu, Amerika Syarikat terbuka kepada perbincangan mengenai mengekang kemungkinan penggunaan peluru berpandu di Ukraine pada masa hadapan dan mengehadkan latihan ketenteraan Amerika Syarikat dan NATO di Eropah Timur, jika Rusia bersedia untuk berundur dari Ukraine.

Bagaimanapun, Rusia mahu rundingan itu menghasilkan jaminan keselamatan yang mengikat secara rasmi bahawa NATO tidak akan berkembang ke timur serta penyingkiran tentera dan senjata Amerika Syarikat dari beberapa bahagian di Eropah.-AFP

Continue Reading

Previous: UK rekod 150,000 kematian akibat Covid-19
Next: Kumpul DNA dari udara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.