Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perbanyak aktiviti keagamaan imarahkan masjid sepanjang Ramadan – ADUN Kabong
  • Selatan
  • WILAYAH

Perbanyak aktiviti keagamaan imarahkan masjid sepanjang Ramadan – ADUN Kabong

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir ketika berucap selepas menunaikan solat sunat Tarawih di Masjid Ar-Rahim Kampung Gerigat, di sini, semalam. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Masyarakat Islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong diseru agar memperbanyakkan aktiviti keagamaan bagi mengimarahkan masjid dan surau sepanjang Ramadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, pengisian Ramadan dengan aktiviti kerohanian mampu menceriakan lagi suasana bulan yang penuh keberkatan ini.

Menurutnya, aktiviti seperti tadarus al-Quran, ceramah agama, qiamullail serta program kemasyarakatan bukan sahaja memberi manfaat rohani malah membantu mengeratkan hubungan sesama masyarakat.

DATO Mohd Chee Kadir ketika berucap selepas menunaikan solat sunat Tarawih di Masjid Ar-Rahim Kampung Gerigat, di sini, semalam. Foto: ADUN Kabong

Katanya, pengisian bulan Ramadan dengan aktiviti keagamaan juga mampu mengelakkan umat Islam daripada terlibat dengan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama.

“Selain itu, ia secara tidak langsung akan menyerikan lagi Ramadan serta menjadi medium untuk memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menunaikan solat sunat Tarawih di Masjid Ar-Rahim Kampung Gerigat, di sini, semalam.

DATO Mohd Chee Kadir ketika berucap selepas menunaikan solat sunat Tarawih di Masjid Ar-Rahim Kampung Gerigat, di sini, semalam. Foto: ADUN Kabong

Chee Kadir turut berharap masyarakat di kawasan itu dapat memanfaatkan peluang sepanjang Ramadan untuk meningkatkan amal ibadah dan memperbaiki diri.

Menurutnya, Ramadan merupakan masa terbaik untuk umat Islam mendekatkan diri kepada Allah selain memperbanyakkan amalan kebajikan.

“Semoga Ramadan kali ini dipenuhi dengan rasa keinsafan dan kesedaran serta mendorong semua peringkat usia untuk lebih mendekatkan diri dengan masjid dan surau,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Agihan bubur pedas eratkan hubungan jabatan dan komuniti
Next: Pelantikan Jawatankuasa Komuniti PPR Landeh perkukuh keselamatan dan keharmonian penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.