Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perbadanan Sukan Sarawak perlu tingkat kemudahan sukan renang di Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

Perbadanan Sukan Sarawak perlu tingkat kemudahan sukan renang di Limbang

Utusan Sarawak 7 hours ago
TERIMA KASIH…Hasbi menerima cenderamata daripada Rynnille Elsther Peter selepas merasmikan Penutupan Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS), Renang Fasa 3 Peringkat Bahagian Limbang di Kolam Renang Awam Limbang.

LIMBANG: Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) diminta menambah baik kemudahan renang di Kolam Renang Limbang, termasuk penyediaan papan anjal, bagi membolehkan daerah ini dijadikan antara venue penganjuran sukan renang.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, ketika ini kolam renang berkenaan berdepan kekurangan prasarana asas, khususnya ketiadaan papan anjal, sekali gus menyukarkan penganjuran acara terjun dan pertandingan renang.

Menurut beliau, kekurangan kemudahan tersebut menyebabkan Limbang tidak dapat menjadi lokasi pertandingan renang walaupun daerah itu memiliki ramai atlet renang berbakat.

“Saya meminta SSC meneliti perkara ini supaya fasiliti renang dapat dibina dan dinaik taraf sekali gus menjadikan Limbang sebagai salah satu venue pertandingan renang di Sarawak.

RAMAI BAKAT…Hasbi bersama atlit muda sukan renang di Limbang.

“Beberapa persatuan sukan pernah menyuarakan hasrat untuk menganjurkan kejohanan di Limbang, namun kemudahan seperti papan anjal yang menepati spesifikasi ketinggian dan kedalaman kolam masih belum tersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 3 Peringkat Bahagian Limbang di Kolam Renang Awam Limbang, semalam.

Hasbi berkata, penambahbaikan prasarana itu penting bagi memberi peluang kepada atlet muda di Limbang untuk berlatih secara lebih sistematik dan seterusnya berpotensi mewakili Sarawak pada masa hadapan.

ASAH BAKAT…Hasbi bersama peserta Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS), Renang Fasa 3 Peringkat Bahagian Limbang di Kolam Renang Awam Limbang.

Menurut beliau, program KLAS merupakan platform berkesan dalam melahirkan lebih ramai perenang berbakat seperti atlet renang negara, Jamery Siga, untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Dalam pada itu, beliau berharap Jabatan Belia dan Sukan serta SSC dapat memanfaatkan kepakaran Jamery Siga bagi melatih lebih ramai perenang di Limbang, selain memohon peruntukan dan dana bagi menganjurkan lebih banyak program pembangunan sukan renang pada masa hadapan.

Hasbi turut mencadangkan agar sukan renang dijadikan antara aktiviti kokurikulum di sekolah memandangkan kemahiran berenang amat penting dalam kalangan murid, selain sukan lain.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang, Rynnille Elsther Peter dan Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Kempen Keselamatan Jalan Raya Miri: 418 maut di Sarawak sepanjang 2025
Next: Institut Koperasi Malaysia anjur JOM@COOP di Sibu, promosi Latihan Koperasi 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.