Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perbadanan Perhutanan Sarawak lancar kapal penyelidikan marin pertama di Miri
  • TEMPATAN

Perbadanan Perhutanan Sarawak lancar kapal penyelidikan marin pertama di Miri

Utusan Sarawak 11 hours ago
LANCAR…Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh melancarkan kapal penyelidikan marin pertama di bawah Projek Terumbu Karang dan Bola Terumbu bagi Pemerkasaan Ekosistem dan Pemeliharaan di Miri.

MIRI: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) hari ini melancarkan kapal penyelidikan marin pertamanya di bawah Projek Terumbu Karang dan Bola Terumbu bagi Pemerkasaan Ekosistem dan Pemeliharaan.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Jeti Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) di sini, disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

Dalam ucapannya, beliau berkata kapal berkenaan merupakan pelaburan strategik dalam mempertingkat keupayaan saintifik Sarawak, khususnya dalam penyelidikan dan pemantauan mamalia marin serta biodiversiti laut.

“Pelancaran kapal ini akan meningkatkan keupayaan kita menjalankan penyelidikan saintifik dan menyokong pembuatan keputusan berasaskan bukti dalam usaha melindungi ekosistem marin,” katanya.

Kapal tersebut dibangunkan dengan sokongan pembiayaan daripada Lembaga Pelabuhan Bintulu menerusi Kerjasama strategik yang dimeterai bersama SFC di bawah projek berkenaan.

LANCAR…Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh melancarkan kapal penyelidikan marin pertama di bawah Projek Terumbu Karang dan Bola Terumbu bagi Pemerkasaan Ekosistem dan Pemeliharaan di Miri.

Sementara itu, Pengurus Besar SFC, Abang Arabi Abang Aimran berkata pelancaran kapal itu menandakan peningkatan signifikan dalam kapasiti penyelidikan marin agensi berkenaan.

Beliau berkata kapal tersebut akan memperkukuh operasi lapangan, membolehkan pengumpulan data yang lebih sistematik serta menyokong strategi pemuliharaan berasaskan bukti.

Projek COREEFS merupakan inisiatif penting yang memberi tumpuan kepada pemulihan terumbu karang termasuk penggunaan bola terumbu, iaitu struktur buatan yang diletakkan di dasar laut bagi menyediakan habitat kepada hidupan marin serta mempercepat pemulihan ekosistem.

Inisiatif itu turut melibatkan pemantauan biodiversiti marin secara jangka panjang di kawasan perlindungan marin Sarawak.

Pelancaran kapal tersebut mencerminkan komitmen berterusan SFC dalam memelihara biodiversiti marin negeriserta memperkukuh peranannya sebagai penerajupemuliharaan di peringkat nasional dan serantau.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Next: Dua projek RTP Kota Sentosa dilaksana melalui kerjasama MBKS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.