Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perayaan meriah di Engkilili bukti keharmonian kaum, agama
  • Selatan
  • WILAYAH

Perayaan meriah di Engkilili bukti keharmonian kaum, agama

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Francis Harden Hollis melakukan kunjungan ‘Ngabang’ Gawai Dayak di Rumah Anthony John Kumpang Pauh A dekat sini, semalam. -Foto ADUN Simanggang

ENGKILILI: Sambutan perayaan yang diraikan oleh masyarakat berbilang kaum tanpa mengira agama dan ideologi politik di sini membuktikan bahawa rakyat Sarawak bersikap terbuka serta mengamalkan semangat toleransi yang tinggi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata sebagai contoh sambutan Hari Gawai Dayak kini tidak terhad kepada kaum Dayak seperti Iban dan Bidayuh malah Orang Ulu dan masyarakat lain turut bersama merasai kemeriahannya.

“Gawai Dayak kini disambut penuh meriah dan menjadi antara perayaan utama di Sarawak tanpa mengira agama dan budaya. Ini dizahirkan melalui amalan kunjung-mengunjung atau ‘Ngabang’.

“Sikap terbuka dan toleransi itu menjadikan Sarawak satu-satunya negeri yang unik. Kita tidak perlu bimbang walaupun berbeza agama dan kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan kunjungan ‘Ngabang’ Gawai Dayak di Rumah Anthony John Kumpang Pauh A dekat sini, semalam.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang menyifatkan amalan saling kunjung mengunjungi pada musim perayaan amat baik dalam menyatukan rakyat pelbagai kaum dengan meraikan perayaan bersama sekali gus diharap dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

“Satu ketika dahulu, di rumah-rumah panjang, kita akan berkampung meraikan acara keramaian bersama dengan amalan kunjung-mengunjungi semasa sambutan Hari Gawai.

“Ia masih diteruskan sehingga ke hari ini supaya perpaduan dapat terus diperkukuhkan antara penduduk Sarawak,” tambahnya.

Harden turut mengingatkan rakyat agar terus bersatu padu serta tidak terpengaruh dengan pihak yang cuba memecahbelahkan perpaduan di Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SUPP Kuching Branch going to mark 66 anniversary with grand dinner celebration 
Next: SUPP terus kukuh, buktikan masih relevan sebagai parti tertua – Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.