Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Peratus pelajar aliran sains tulen menurun – Dr Annuar
  • PENDIDIKAN

Peratus pelajar aliran sains tulen menurun – Dr Annuar

Utusan Sarawak 14 hours ago
TIMBALAN Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapaee berucap pada majlis penutupan Sarawak Space Challenge di Borneo Cultures Museum, Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapaee, mendedahkan bahawa hanya 13 peratus pelajar menengah atas di Sarawak memilih untuk mengambil aliran Sains Tulen (STEM A).

Beliau menyifatkan angka tersebut sebagai amat membimbangkan, memandangkan Sarawak kini sedang giat membangunkan sektor ekonomi berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Kita mempunyai kira-kira 1,200 sekolah rendah dan 185 sekolah menengah di Sarawak. Namun, sebahagian sekolah langsung tidak mempunyai pelajar Tingkatan Empat yang mengambil pakej STEM A. 

DR. Annuar Rapaee (tengah) bersama para pemenang dan penganjur Sarawak Space Challenge selepas menyempurnakan majlis penutupan di Borneo Cultures Museum, Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa

“Ini amat membimbangkan kerana tanpa minat terhadap subjek sains dan matematik tambahan, kita tidak dapat melahirkan jurutera, saintis mahupun inovator,” katanya semasa berucap pada majlis penutupan Sarawak Space Challenge di Borneo Cultures Museum, hari ini.

Menurut Dr. Annuar, walaupun penyertaan pelajar dalam aktiviti seperti Sarawak Space Challenge menunjukkan potensi besar dan kreativiti luar biasa, jumlah pelajar yang benar mengambil subjek teras Sains Tulen masih terlalu rendah.

“Jika kita mahu melahirkan lebih ramai jurutera, pelajar mesti mengambil subjek Matematik Tambahan dan Fizik. Namun realitinya, angka semasa kita antara yang terendah di Malaysia,” ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa apabila digabungkan dengan aliran STEM B dan STEM C, jumlah keseluruhan pelajar yang mengikuti bidang STEM hanya mencapai 28.11 peratus, jauh daripada sasaran 60 peratus yang ditetapkan kerajaan.

“Kita boleh terus mempromosi STEM melalui pelbagai program, tetapi yang lebih penting ialah memastikan pelajar benar-benar menguasai subjek sains dan matematik. Tanpa asas kukuh, kita tidak akan dapat melahirkan jurutera dan saintis pada masa depan,” tegasnya.

Dr. Annuar berkata kementeriannya juga akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memperkukuh usaha memperkasa minat serta penguasaan pelajar dalam bidang STEM, selaras dengan aspirasi Sarawak menuju negeri berpendapatan tinggi berasaskan ekonomi digital dan inovasi.

Oleh Adele Rissa

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Chiew kecam insiden rogol pelajar, gesa penilaian semula sistem pendidikan
Next: CosmicNeva, SPACEBOYS dinobat juara SSC 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.