Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perasaan seram lakukan sanitasi
  • TEMPATAN

Perasaan seram lakukan sanitasi

Utusan Sarawak 4 years ago
UTAMAKAN KESELAMATAN… Kelihatan anggota Bomba membantu mengemas pakaian keselamatan dengan teliti bagi memastikan selamat digunakan sewaktu sanitasi dilakukan.

BATU NIAH: Anggota bomba akui memang ada mempunyai perasaan seram ketika melakukan operasi sanitasi di kawasan yang berisiko tinggi jangkitan wabak Covid-19 di Daerah Subis.

Ketua Balai Bomba Batu Niah, PPgB Francis Aceh ketika dihubungi berkata, kerja sanitasi di rumah panjang Tr. Libau Klumbu semalam telah mengambil masa hampir empat jam.

“Sanitasi telah bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.50 tenga hari dengan seramai lapan anggota yang diketuai oleh PBKII Mohamud Punya.

“Rumah panjang ini mempunyai tiga blok rumah panjang dengan 106 pintu selesai disanitasikan dengan lancar,” jelasnya.

Tambahnya, lapan anggota yang terlibat ialah PBKII Mohamud (ketia), PBKII KUP Hana, PB Khaider, PBB Ansi, PBB Musa, PBB Najmi, PBB Shahrizza dan PBB Mohd Nur Aiman.

Peralatan dan bahan sanitasi ialah dua unit spray manual 16 liter, sodium hypochlorite campuran air (1:10), kuantiti bahan sebanyak dua liter dan keluasan kawasan sanitasi ialah 67, 500 meter persegi.

Sementara itu, salah seorang anggota bomba yang ditemui berkata, situasi kerja sanitasi sangat mencabar terutamanya di kawasan berisiko tinggi jangkitan wabak Covid-19 seperti di kawasan rumah-rumah panjang di KM12 Jalan BLD Sungai Sawai Suai.

“Memang seram juga masuk ke rumah yang berisiko jangkitan wabak bahaya ini, namun ini tugas kita untuk keselamatan masyarakat.

“Tugas di sini (Rumah Tr. Libau) agak baik dan lancar kerana kawasan ini belum ada kes Covid-19,” jelasnya.

Justeru itu, cabaran tugas sanitasi ini bukan satu kerja yang mudah dan perlu bertindak secara kemas dan terliti bagi keselamatan diri anggota bomba.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Jangan ambil mudah kes Covid-19
Next: TINGKATKAN UJIAN PCR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.