Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perarakan Niti Daun semarak warisan nenek moyang
  • TEMPATAN

Perarakan Niti Daun semarak warisan nenek moyang

Utusan Sarawak 3 hours ago
WAKIL Persatuan Pewaris Adat Asal Singai (PA’AS), Edid. Foto: Norman B

KUCHING: Perarakan Niti Daun sempena sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2026 hari ini menghimpunkan pelbagai komuniti Dayak dari seluruh Sarawak dengan penyertaan pakaian etnik, muzik tradisional dan pelbagai persembahan budaya.

Acara itu bertujuan memberi ruang kepada masyarakat untuk menampilkan adat, budaya dan identiti masing-masing serta memastikan warisan tersebut terus diwarisi generasi akan datang.

Wakil Persatuan Pewaris Adat Asal Singai (PA’AS), Edid berkata, pihaknya menyokong usaha Kerajaan Sarawak yang menyediakan platform kepada masyarakat untuk mengetengahkan budaya mereka melalui program seperti itu.

Menurutnya, persiapan bagi menyertai perarakan berkenaan telah dilakukan sejak sebulan lalu. Beliau turut mencadangkan agar tradisi Niti Daun turut diadakan di peringkat kampung bagi memberi pendedahan kepada generasi muda.

“Jika diadakan di kampung, anak-anak muda akan lebih mengenali budaya dan adat resam sendiri,” katanya.

EL Niely wakil Persatuan Lun Bawang Sarawak. Foto: Norman B

Sementara itu, wakil Persatuan Lun Bawang Sarawak, El Niely berkata, beliau berpuas hati dengan sambutan terhadap perarakan tersebut.

Katanya, penyertaan golongan muda menunjukkan usaha memelihara budaya berada pada tahap yang baik.

“Program seperti ini membantu memperkenalkan budaya kepada orang ramai dan memastikan generasi muda terus menghargainya,” ujarnya.

DANA Tom wakil dari kontijen SDNU Matang. Foto: Norman B

Bagi Dana Tom dari Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Matang, penyertaan dalam perarakan itu merupakan pengalaman pertama.

Beliau berkata, persiapan telah dilakukan lebih awal dan penyertaan dalam program itu memberi pengalaman kepada beliau dan peserta lain.

Menurutnya, acara itu turut membantu menarik minat pelancong serta mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum.

“Perarakan ini memperlihatkan budaya Sarawak dan mengeratkan hubungan antara komuniti,” katanya.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jangan terlepas, hargailah
Next: Program Penunaian STR dilaksanakan di 20 lokasi seluruh Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.