Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perarakan Maulidur Rasul Saratok, 5 September ini
  • WILAYAH

Perarakan Maulidur Rasul Saratok, 5 September ini

Utusan Sarawak 4 days ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri menghadiri mesyuarat persiapan sambutan tersebut yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, dekat sini kelmarin. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Daerah Saratok bakal bergema dengan selawat dan laungan kecintaan kepada Rasulullah SAW apabila sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Saratok 1447H/2025M diadakan pada 5 September, Jumaat ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamaad Duri hadir pada mesyuarat persiapan sambutan tersebut yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, semalam.

Antara pengisian utama sambutan ialah pertandingan sepanduk dan perarakan yang dijangka menarik penyertaan meluas daripada pelbagai agensi, sekolah serta pertubuhan masyarakat.

Sebanyak tiga kategori akan dipertandingkan iaitu kategori A membabitkan jabatan kerajaan, badan berkanun dan swasta; kategori B melibatkan institusi pendidikan dan sekolah; manakala Kategori C terbuka kepada persatuan, kelab, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masjid, surau dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

ADUN Kalaka, Mohamad Duri menghadiri mesyuarat persiapan sambutan tersebut yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, dekat sini kelmarin. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Tema sambutan tahun ini, ‘Ummah Maju Makmur’, dipilih bagi menekankan kepentingan membina masyarakat Islam yang sejahtera, bersatu padu dan progresif.

Sambutan tersebut dianjurkan oleh Lembaga Amanah dan Kebajikan Islam Saratok (LAKIS) dengan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan kelancaran program.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan perarakan sekali gus menzahirkan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Cooking and bonding to promote healthy living and prevent drug abuse in Kampung Haji Baki
Next: Penutupan jalan Lapangan Terbang Lama sempena pembukaan reruai penjaja BIKF 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.