Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perarakan Krismas satukan gereja dan komuniti di Kota Sentosa pada 29 November ini
  • Selatan
  • WILAYAH

Perarakan Krismas satukan gereja dan komuniti di Kota Sentosa pada 29 November ini

Utusan Sarawak 5 hours ago
POSTER rasmi Perarakan Krismas 3.0 yang akan berlangsung pada 29 November ini.

KOTA SENTOSA: Suasana sambutan Krismas dijangka kembali meriah di Kota Sentosa apabila penganjur menjangkakan lebih 2,000 peserta berkumpul pada Perarakan Krismas 3.0 anjuran Persatuan Kristian Evangelikal Sarawak (SECA) dengan kerjasama Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) pada 29 November ini.

Pengerusi SECA, Rev. Greman Ujang, menyatakan bahawa perarakan Krismas tahun ini melibatkan penyertaan 18 gereja tempatan merangkumi denominasi berbeza yang bergandingan untuk menyampaikan mesej cinta kasih, kedamaian, dan perpaduan melalui kelahiran Kristus.

“Krismas adalah musim kegembiraan dan harapan. Dengan perarakan ini, kami mahu berkongsi cahaya itu bukan sahaja di dalam gereja, tetapi kepada seluruh komuniti,” katanya ketika sidang media di Christ Baptist Church (CBC) di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Penganjur berkata penyertaan gereja yang bertambah menunjukkan kesedaran terhadap kepentingan acara ini sebagai platform merapatkan hubungan antara komuniti pelbagai latar belakang.

“Kita jangkakan penyertaan melebihi 2,000 orang tahun ini memandangkan lebih banyak gereja terlibat berbanding tahun lalu,” katanya.

Acara yang membawa tema ‘Yesus Terang Dunia’ itu akan bermula dengan upacara ibadah Krismas pada 6.00 petang di Dewan Perniagaan Batu 7, diikuti perarakan sejauh 1.5 kilometer mengelilingi kawasan komersial Kota Sentosa pada sekitar 7.45 malam.

PENGERUSI SECA merangkap Pengerusi Penganjur, Rev. Greman Ujang (tengah), bersama ahli jawatankuasa penganjur pada sidang media di Christ Baptist Church, Kota Sentosa, hari ini. Foto Adele Rissa 

Jelas Rev. Greman, aspek keselamatan menjadi keutamaan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), RELA, dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP), selain permohonan laluan trafik telah diluluskan pihak berkuasa berkenaan.

SECA turut menjemput semua penganut Kristian dan penduduk setempat untuk hadir bersama memeriahkan perarakan, yang turut menampilkan nyanyian koir, pujian dan penyembahan dalam semangat Krismas.

Sebanyak 18 gereja tempatan akan berganding bahu menjayakan perarakan ini, iaitu Christ Baptist Church, BEM Olive Garden, First Baptist Church, Emmanuel Baptist Church, New Generation Church, Gereja Injil Sepenuh, Excel Point Baptist Church, Calvary Family Church, Sacred Heart Kota Sentosa, Grace Levites Sanctuary, BEM Kota Padawan, Assemblies of God Church, Phaneroo Malaysia, Sarawak Grace Church, Apostolic Worship Centre, Calvary Family Church Giam, 611 Church dan Gereja Bethany Kuching.

Acara ini bakal dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin sebagai tetamu kehormat, selain bakal disertai pemimpin komuniti dan wakil agensi kerajaan dan keselamatan.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Isu air keruh di Green Road masih berlaku
Next: Program Go Green Heroes MDLA 2025 semarak kesedaran alam sekitar di SK Nanga Tibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.