Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perarakan Krismas Lubok Antu 2025 himpun 2,000 peserta
  • TEMPATAN

Perarakan Krismas Lubok Antu 2025 himpun 2,000 peserta

Utusan Sarawak 1 day ago
PROGRAM Perarakan Krismas pertama di Daerah Lubok Antu telah berlangsung meriah dengan penyertaan lebih kurang 2,000 orang peserta daripada 49 kontinjen, semalam. Foto MDLA

LUBOK ANTU: Program Perarakan Krismas pertama di Daerah Lubok Antu telah berlangsung meriah dengan penyertaan lebih kurang 2,000 orang peserta daripada 49 kontinjen yang terdiri daripada gereja, jabatan kerajaan, sekolah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di daerah ini.

Perarakan Krismas Lubok Antu 2025 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, yang turut memuji usaha penganjur dalam menjayakan program bersejarah ini.

PROGRAM Perarakan Krismas pertama di Daerah Lubok Antu telah berlangsung meriah dengan penyertaan lebih kurang 2,000 orang peserta daripada 49 kontinjen, semalam. Foto MDLA

Turut hadir memeriahkan program ialah Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Mikai Mandau; Setiausaha Tetap kepada Premier, Roselind Neging; Pegawai Daerah Lubok Antu merangkap Pengerusi Majlis Daerah Lubok Antu, Akoi Ejau; dan Setiausaha Majlis, Majlis Daerah Lubok Antu, Ting Tiew Lik.

Menurut penganjur, perarakan kali ini berjaya menyatukan masyarakat pelbagai lapisan di Lubok Antu, termasuk warga sekolah, jabatan kerajaan dan komuniti gereja, seterusnya memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara penduduk tempatan.

PROGRAM Perarakan Krismas pertama di Daerah Lubok Antu telah berlangsung meriah dengan penyertaan lebih kurang 2,000 orang peserta daripada 49 kontinjen, semalam. Foto MDLA

Antara tarikan utama program ialah pertunjukan kereta berhias yang penuh warna-warni, pemasangan lampu di Pokok Krismas Gergasi Gereja St. Philip, serta lampu pada Patung Mayas Lubok Antu yang menarik perhatian penduduk setempat dan pengunjung.

Majlis turut diwarnai dengan persembahan bunga api yang menakjubkan, menandakan kemuncak sambutan Krismas yang penuh gemilang di daerah ini, sekali gus meninggalkan kenangan manis kepada peserta dan pengunjung.

PROGRAM Perarakan Krismas pertama di Daerah Lubok Antu telah berlangsung meriah dengan penyertaan lebih kurang 2,000 orang peserta daripada 49 kontinjen, semalam. Foto MDLA

Program ini juga menjadi platform untuk komuniti setempat menunjukkan kreativiti mereka dalam menghias kereta berhias dan persembahan kontinjen masing-masing, selain meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sambutan Krismas dalam budaya tempatan.

Kejayaan penganjuran perarakan kali pertama ini, penganjur berharap ia akan menjadi acara tahunan yang lebih besar dan meriah pada masa akan datang, menarik lebih ramai peserta dan pengunjung dari dalam dan luar daerah Lubok Antu.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Persatuan Penganut Tokong Gong De Kuching sambut ulang tahun ke-8, perkukuh perpaduan komuniti
Next: Empat Cef Sarawak bawa rasa Borneo ke Khadhya Khurak 2025 di India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.