Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perarakan Krismas Bandaraya Miri 2025 lambang kekuatan dan perpaduan Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Perarakan Krismas Bandaraya Miri 2025 lambang kekuatan dan perpaduan Sarawak

Utusan Sarawak 11 hours ago
RASMI…Datuk Amar Douglas Uggah Embas (tujuh dari kanan) semasa merasmikan Perarakan Krismas Bandaraya  Miri 2025 hari ini.

MIRI: Perarakan Krismas Bandaraya Miri 2025 malam ini bukan sekadar lautan cahaya, muzik dan warna-warni, malah turut melambangkan kekuatan Sarawak yang terletak pada kepelbagaian masyarakatnya.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata tema perarakan tahun ini, “Yesus Kristus, Damai Sejahtera Kita”, dipilih sejak awal 2025 dan amat relevan dengan keadaan dunia kini.

“Perayaan ini bukan hanya perarakan cahaya dan muzik, tetapi simbol perpaduan, keamanan dan semangat muhibah rakyat Miri tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang,” katanya dalam teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada majlis perasmian perarakan tersebut.

UNTUK KENANGAN… Datuk Amar Douglas Uggah Embas (enam dari kanan) menerima cenderamata  daripada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yii (lapan dari kanan) selepas merasmikan Perarakan Krismas Bandaraya Miri 2025 hari ini.

Abang Johari berkata tradisi 15 tahun perarakan ini menggambarkan kekuatan Sarawak yang mampu bersatu dalam kepelbagaian, serta meraikan budaya dan kepercayaan masing-masing dengan penuh hormat.

Beliau menekankan bahawa Krismas adalah masa untuk memberi, berkongsi, mengambil berat serta menghayati nilai kedamaian, kasih sayang, harapan dan belas kasihan yang menyatukan rakyat Sarawak.

“Acara malam ini mencerminkan semangat keharmonian yang menjadi kebanggaan rakyat Sarawak,” katanya, sambil menggesa agar masyarakat menjaga golongan kurang bernasib baik dan membawa sinar harapan kepada bandar raya ini.

Abang Johari mendoakan supaya Krismas ini membawa kedamaian, kegembiraan, kasih sayang dan keberkatan kepada semua keluarga, serta berharap tahun baharu akan menyaksikan lebih banyak kemajuan untuk negeri Bumi Kenyalang.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Projek PPRMS Bekenu disesuaikan mengikut keperluan setiap rumah
Next: 40,000 peserta semarakkan Perarakan Krismas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.