Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perarakan Krismas Bandar Raya Miri kembali 6 Disember depan
  • TEMPATAN

Perarakan Krismas Bandar Raya Miri kembali 6 Disember depan

Utusan Sarawak 2 days ago
LALUAN PERARAKAN…Lakaran peta laluan rasmi Perarakan Krismas Bandar Raya Miri 2025 Perarakan bermula dan berakhir di Dataran Kipas Miri.

MIRI: Bandar raya Miri bakal kembali disinari dengan suasana penuh warna-warni dan semangat perpaduan apabila Perarakan Krismas Bandar Raya Miri Kali Ke-16 akan berlangsung pada 6 Disember depan.


Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM), Adam Yii  berkata, acara tahunan yang menjadi tradisi penduduk bandar raya itu dijangka menarik ribuan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk bersama-sama meraikan musim perayaan penuh kegembiraan tersebut.

“Tema tahun ini ialah Yesus Kristus Perdamaian Kita, berasaskan kitab Yohanes 16:33 yang membawa mesej kedamaian dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum serta agama.

“Tema ini mengingatkan kita bahawa keamanan bermula dari hati sendiri. Melalui persefahaman dan kasih sayang, kita dapat terus menjadikan Miri sebuah bandar yang aman dan bersatu padu,” katanya pada sidang media petang tadi.

Adam Yii  berkata, acara berkenaan akan menampilkan pelbagai persembahan menarik seperti nyanyian pujian, tarian dan konsert Krismas oleh gereja-gereja tempatan, selain persembahan khas daripada artis terkenal Melissa Francis dan Ramles Walter.

Perarakan akan bermula dari Dataran Kipas Miri dan melalui laluan utama termasuk Jalan Sylvia, Jalan Brooke, Jalan Kingsway, Jalan Puchong, Jalan Padang, Jalan Melayu, Jalan Nahkoda Gampar, Jalan Cina, Jalan Bendahara, Jalan North Yu Seng, Jalan South Yu Seng, Jalan Merpati dan Jalan Kipas, sebelum kembali semula ke Dataran Kipas Miri.


“Tahun ini, kami berbesar hati menjemput Premier Sarawak,  Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai tetamu kehormat bagi menyerikan perarakan kali ni,” katanya.

Beliau turut mengajak orang ramai agar hadir beramai-ramai bagi memeriahkan perarakan itu.

“Perarakan ini terbuka untuk semua, tanpa mengira usia atau latar belakang. Ia masa untuk kita semua berkumpul, berkongsi kegembiraan dan semangat Krismas. Marilah kita raikan bersama dalam suasana penuh kasih sayang dan kedamaian,” katanya.

Perarakan Krismas Bandar Raya Miri mula diperkenalkan pada 2006 dan kini menjadi antara acara komuniti terbesar di Sarawak yang melambangkan keharmonian masyarakat berbilang agama di bandar raya ini.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Malaysia akhiri Kepengerusian ASEAN 2025, berjaya laksana peranan – PM Anwar
Next: Festival Cabaran Alam Semula Jadi Krian 2025 kembali 15–16 November ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.