Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perarakan Hari Wesak kukuhkan silaturahim, semangat perpaduan pelbagai kaum di Batu Niah
  • Utara
  • WILAYAH

Perarakan Hari Wesak kukuhkan silaturahim, semangat perpaduan pelbagai kaum di Batu Niah

Utusan Sarawak 3 hours ago
MESRA… Datuk Rosey dan Dato Lukanisman yang turut menyertai Perarakan Hari Wesak yang dianjurkan oleh Pertubuhan Penganut Agama Buddha Batu Niah di sekitar pekan ini pada malam kelmarin.

BATU NIAH : Sambutan Hari Wesak di Batu Niah berlangsung dalam suasana meriah dan penuh harmoni menerusi Perarakan Hari Wesak yang dianjurkan oleh Pertubuhan Penganut Agama Buddha Batu Niah di sekitar pekan ini pada malam kelmarin.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata, perarakan tersebut bukan sahaja menyerikan sambutan Hari Wesak, malah menjadi wadah untuk mengukuhkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Menurut beliau, keharmonian yang dinikmati rakyat Sarawak hari ini adalah hasil sikap saling menghormati dan toleransi yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama.

“Di Sarawak, masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dapat hidup dalam suasana harmoni kerana setiap agama mengajar nilai-nilai murni yang menekankan perpaduan, hormat-menghormati dan kesejahteraan bersama.

“Melalui perarakan ini, kita dapat menghayati nilai keamanan, kasih sayang, toleransi dan perpaduan yang menjadi asas kepada kehidupan bermasyarakat,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Wesak di sini.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata, penglibatan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dalam program tersebut jelas membuktikan semangat perpaduan yang kukuh di kawasan itu.

“Malam ini kita dapat menyaksikan sendiri keharmonian yang terjalin apabila masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama, termasuk kaum Dayak dan masyarakat Islam, dapat bersama-sama meraikan sambutan ini dalam suasana penuh muhibah,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat atas komitmen serta kerjasama dalam memastikan kelancaran acara tahunan berkenaan.

“Tahniah kepada pihak penganjur dan semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini membawa keberkatan, rezeki yang melimpah, kesihatan yang baik serta kehidupan yang aman dan sejahtera kepada seluruh masyarakat,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Sibuti, Dato Lukanisman Awang Sauni, Pengerusi Pertubuhan Penganut Agama Buddha Batu Niah, Andy Yong Khim Hong, Penghulu Pui Kuan Phen serta Penghulu Epat Bakar.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dari pintu ke pintu, nyelupat warnai persiapan Gawai
Next: Penduduk rumah panjang diingatkan tingkat waspada menjelang Hari Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.