Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perarakan Dewa Seng Ong cerminkan keharmonian kaum di Sarawak
  • TEMPATAN

Perarakan Dewa Seng Ong cerminkan keharmonian kaum di Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
TERBAIK…Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan pada Program Perarakan Hari Lahir Dewa Seng Ong di Tokong Hong San Si, di Kuching hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Ribuan warga bandar raya ini membanjiri sekitar Jalan Lebuh Wayang bagi menyaksikan Perarakan Hari Lahir Dewa Seng Ong yang berlangsung meriah, hari ini.

Perarakan anjuran Persatuan Hokkien Kuching itu bermula dari laluan utama Padungan menuju ke Jalan Gambier serta kawasan sekitarnya sebelum kembali ke tokong di Jalan Wayang.

Presidennya, Datuk Seri Richard Wee Liang Chiat berkata, sambutan pada tahun ini menyaksikan penyertaan yang amat menggalakkan.

DATUK Seri Richard Wee Liang Chiat ketika ditemui media pada Program Perarakan Hari Lahir Dewa Seng Ong, di Kuching hari ini. Foto Norman B

Menurutnya, perarakan kali ini dimeriahkan dengan penyertaan sebanyak 222 kontinjen dari pelbagai kawasan termasuk Sabah serta satu kontinjen dari Kedah.

Beliau turut berharap acara tersebut dapat dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri bagi menarik lebih ramai pelawat pada masa akan datang.

“Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan beliau menyatakan akan mempertimbangkan untuk menjadikannya sebahagian daripada kalendar pelancongan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program tersebut di Tokong Hong San Si, di sini hari ini.

SEKITAR suasana pada Program Perarakan Hari Lahir Dewa Seng Ong di Tokong Hong San Si, di Kuching hari ini. Foto Norman B

Acara tersebut turut menampilkan persembahan kumpulan pemuzik gendang tradisional Melayu serta penggiat seni budaya peribumi Sarawak, sekali gus mencerminkan semangat keharmonian antara kaum dan agama di negeri ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng; Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Dato Georgina Apphia Ngau serta tetamu kehormat lain.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak terima kunjungan hormat Persatuan Teknologi Malaysia Cawangan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.