Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perarakan Chap Goh Mei di Bau lancar, 1,500 pengunjung hadir
  • Selatan
  • WILAYAH

Perarakan Chap Goh Mei di Bau lancar, 1,500 pengunjung hadir

Utusan Sarawak 7 hours ago
PERARAKAN Chap Goh Mei dari Tokong Bong Lo Tsian Tse mendapat sambutan meriah kira-kira 1,500 pengunjung.

BAU: Perarakan Chap Goh Mei yang diadakan di Tokong Bong Lo Tsian Tse di sini pagi tadi berlangsung lancar dengan kawalan keselamatan dan lalu lintas yang rapi oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, operasi yang bermula seawal 7.00 pagi hingga 1.15 tengah hari itu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan peserta serta orang awam sepanjang sambutan berkenaan.

Menurutnya, kira-kira 1,500 pengunjung dan penduduk setempat hadir menyaksikan perarakan yang bermula pada 9.00 pagi dari Tokong Bong Lo Tsian Tse, melalui Pekan Bau sebelum kembali semula ke tokong.

“Program berlangsung dengan teratur dan mengikut perancangan. Perarakan juga bergerak lancar di sepanjang laluan yang ditetapkan tanpa sebarang kejadian tidak diingini,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata, anggota daripada pelbagai bahagian telah ditugaskan bagi mengawal keadaan dengan Inspektor Christy Sunyi sebagai pegawai medan dan Sarjan Mejar Johnny Bedu sebagai penolong pegawai medan.


POLIS
 memastikan perarakan berlangsung secara aman dan teratur.

“Keadaan lalu lintas di sekitar kawasan perarakan turut terkawal dan lancar sepanjang penugasan dijalankan,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas kerjasama yang diberikan bagi memastikan sambutan tersebut berjalan dengan jayanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Henry Harry Jinep; Pegawai Daerah Bau, Eddy Nayoi; Timbalan Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Ritchie Jarit; serta Setiausaha Majlis Daerah Bau, Ong Chin Ping. Oleh Connie Chieng

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Usaha kekang rabies: Samarahan anjur program vaksinasi percuma
Next: Eksklusif: Doa, kekuatan seorang wanita bernama Zubaidah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.