Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Perangi wabak denggi, kerjasama komuniti kunci kejayaan di Meradong
  • KESIHATAN

Perangi wabak denggi, kerjasama komuniti kunci kejayaan di Meradong

Utusan Sarawak 1 day ago
RASMI….ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing merasmikan Program Hari Majlis Bersama Penduduk di bawah Projek RMK12, Program Promosi Kesihatan dan Kesedaran di Rumah Edmund Labang, Sungai Tulai, semalam.

BINTANGOR: Program Hari Majlis Bersama Penduduk di bawah projek Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) Program Promosi Kesihatan dan Kesedaran bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam mengenai bahaya wabak denggi serta memupuk semangat kerjasama komuniti. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata sepanjang penganjuran program tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk ‘fogging’ yang dilakukan pada petang sebelumnya di Rumah Edmund Labang, pembukaan kaunter perkhidmatan, taklimat serta ceramah kesedaran. 

“Saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada penganjur program iaitu Majlis Daerah Maradong dan Julau (MDMJ) khususnya Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk menjayakan program ini. 

“Antara pengisian sepanjang program ini adalah kaunter perkhidmatan oleh MDMJ, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Selain itu, saringan kesihatan Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei, taklimat pengurusan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) oleh Pejabat Daerah Meradong serta ceramah pencegahan jenayah komersil oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong,” katanya ketika berucap di majlis perasmian program tersebut, semalam. 

SARINGAN KESIHATAN…. ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menjalani saringan kesihatan di kuanter perkhidmatan Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei pada Program Promosi Kesihatan dan Kesedaran di Rumah Edmund Labang, Sungai Tulai, semalam.

Katanya, turut diadakan ceramah kebersihan persekitaran sungai oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Bahagian Sibu, ceramah kesedaran keselamatan kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, ceramah keselamatan sungai oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Sarikei, ceramah kawalan demam denggi oleh Pejabat Kesihatan Daerah Meradong serta penglibatan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarikei dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.

“Terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan program hari ini. Semoga taklimat dan ceramah yang disampaikan memberi manfaat kepada semua penduduk, dan marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan serta keselamatan sosial di kawasan Sungai Tulai,” katanya.

Koung Hiing turut menggesa agar program itu menjadi titik tolak perubahan sikap masyarakat dalam menjaga kebersihan dan keselamatan persekitaran.

LAWATAN….ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing melawat ke setiap kuanter perkhidmatan yang disediakan pada Program Promosi Kesihatan dan Kesedaran di Rumah Edmund Labang, Sungai Tulai, semalam.

“Saya menggesa agar program ini tidak terhenti di sini, sebaliknya menjadi titik tolak perubahan sikap yang berterusan dan marilah kita semua berazam menjadikan kampung dan rumah panjang kita bukan sahaja bersih dan ceria hari ini tetapi sentiasa indah, terurus, sejahtera dan selamat sepanjang masa,” katanya.

Sebagai sokongan kepada komuniti setempat, beliau mengumumkan penyaluran geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM3,000 kepada Biro Wanita JKKK Rumah Edmund Labang bagi melaksanakan aktiviti tahunan 2025.

Oleh Earl Anek 

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Komuniti digerak tangani lonjakan kes diabetes, hipertensi
Next: Wanita 35-65 tahun disaran jalani saringan awal kanser serviks

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.