Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perancis umum sekatan terhad
  • GLOBAL

Perancis umum sekatan terhad

Utusan Sarawak 3 years ago

FILE PHOTO: People, wearing protective face masks, walk past a closed restaurant during the third lockdown imposed to slow the rate of the coronavirus disease (COVID-19) contagion, in Nice, France, April 1, 2021. REUTERS/ Eric Gaillard/File Photo

PERANCIS sebelum ini melaporkan 25 kes varian Omicron, varian yang pertama kali dikenal pasti di Afrika Selatan. • Foto AFP

PARIS: Perancis memperkenalkan sekatan terhad untuk beberapa sektor berkuatkuasa Isnin susulan gelombang baharu Covid-19.

Sekatan antara lain mewajibkan penutupan sementara kelab malam di negara itu.

Perdana Menteri Jean Castex turut mengumumkan mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pelajar sekolah rendah pada waktu rehat dan selepas kelas.

“Kami akan meminta lebih ramai murid sekolah rendah sehingga cuti Krismas. Mulai Khamis, pelitup muka akan menjadi wajib di taman permainan dan kami akan mengehadkan sukan berpasukan yang melibatkan sentuhan fizikal.

“Kami akan menutup kelab malam untuk empat minggu akan datang. Langkah ini akan berkuat kuasa pada Jumaat hingga awal Januari. Kami melakukan ini kerana virus itu merebak dalam kalangan orang muda, malah mereka yang telah diberi vaksin, kerana adalah sukar untuk memakai pelitup muka di tempat-tempat ini,” katanya.

Bermula 15 Disember, kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun yang mempunyai masalah kesihatan akan menerima vaksin Covid-19.

Pemberian ini akan diperluaskan kepada semua kanak-kanak di Perancis menjelang akhir tahun ini.

Perancis sebelum ini melaporkan 25 kes varian Omicron, varian yang pertama kali dikenal pasti di Afrika Selatan.-AFP

Continue Reading

Previous: Varian Omicron tidak terlalu bahaya?
Next: 20 pelajar dijatuhi hukuman mati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.