Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perancis rekod lebih 4,000 kes baharu dalam 24 jam
  • GLOBAL

Perancis rekod lebih 4,000 kes baharu dalam 24 jam

Utusan Sarawak 5 years ago
NYAH CEMAR… Kakitangan hotel menjalankan proses nyah cemar di bilik Hotel de Crillon, Paris menjelang pembukaan semula hotel itu pada 24 Ogos ini. • Foto AFP

PARIS: Perancis melaporkan 4,771 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam pada Khamis, lebih 1,000 kes berbanding yang direkodkan pada Rabu, menurut pihak berkuasa kesihatan negara itu.

Lonjakan kes baharu itu adalah tertinggi sejak Mei walaupun jumlah pesakit baharu yang dirawat di hospital pada Khamis menurun kepada 149 berbanding 162 orang pada Rabu

Pada masa ini, 4,748 orang dirawat di hospital di seluruh negara akibat Covid-19.

Perancis mencatatkan 18,638 kes positif pada minggu lalu ketika peratusan ujian positif meningkat, menjadi 3.3 peratus pada Khamis berbanding 3.1 peratus pada Rabu dengan kemunculan 33 kluster baharu.

Negara itu mencatat 30,480 kematian sejak pandemik tercetus. Kes baharu disahkan meningkat 43 peratus dalam tempoh seminggu lalu sementara jumlah pesakit yang memerlukan mesin ventilator semakin meningkat. – AFP

Continue Reading

Previous: Paras air Empangan Three Gorges capai aras tertinggi
Next: Lapan maut, enam hilang Kapal tangki, kargo bertembung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.