Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perancis perlu waspada tanda peningkatan kes baharu
  • GLOBAL

Perancis perlu waspada tanda peningkatan kes baharu

Utusan Sarawak 5 years ago
VERAN menyarankan Perancis guna kaedah lain untuk memerangi virus itu, termasuk mengadakan lebih banyak saringan penyakit.• Foto AFP

PARIS: Perancis kini mengambil langkah berwaspada susulan jangkaan lebih ramai akan menerima rawatan berikutan peningkatan semula jangkitan Covid-19 sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, menurut Menteri Kesihatan Olivier Veran berkata setakat ini belum ada cadangan pelaksanaan semula penutupan di seluruh negara.
Jelasnya, Perancis mempunyai cara lain untuk memerangi virus itu termasuk mengadakan lebih banyak saringan penyakit.

Pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat melaporkan 8,975 kes baharu disahkan iaitu hampir 1,500 lebih tinggi daripada puncak harian 31 Mac lalu iaitu 7,578 kes.

Setakat ini, Perancis merekodkan 30,730 kematian.
Pihak berkuasa kesihatan Perancis percaya sebahagian besar daripada kes-kes baharu Covid-19 membabitkan golongan muda yang tidak bergejala.

Menurut Veran, selepas angka jangkitan Covid-19 mencapai kemuncak pada 14 April lalu dengan 14,292 kes, ia mula menunjukkan trend penurunan selama beberapa bulan.

Bagaimanapun, jumlah pesakit dimasukkan ke hospital kembali menunjukkan aliran peningkatan sejak enam hari lalu.-AFP

Continue Reading

Previous: Bantah sekatan, anggap Covid-19 satu penipuan
Next: Korban Covid-19 cecah 876,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.