Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Perancis kesan varian COVID-19 terbaharu buat kali pertama
  • KESIHATAN

Perancis kesan varian COVID-19 terbaharu buat kali pertama

Utusan Sarawak 14 hours ago

Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama

ISTANBUL: Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu COVID-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi.

Empat kes varian itu dikenal pasti oleh Pusat Rujukan Nasional di Lyon, menurut saluran penyiaran BFMTV pada Jumaat.

“Beberapa negara telah melaporkan kehadiran varian ini. Di Perancis, kami menemukan beberapa kes—tidak banyak—empat kes telah dikenal pasti, baik di hospital mahupun dalam komuniti,” kata ahli virologi, Bruno Lina.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) turut memaklumkan bahawa sehingga April lalu, beberapa kes NB.1.8.1 dikesan di Jerman, Ireland, Belanda, Sepanyol dan Sweden.

Varian NB.1.8.1 kini dominan di China dan sedang menular di beberapa bahagian Asia, menyebabkan peningkatan kes jangkitan dan kemasukan ke hospital di Hong Kong dan Taiwan.

Walaupun dipercayai tidak menyebabkan gejala penyakit yang lebih serius, pihak berkuasa menasihatkan pemakaian pelitup muka di kawasan sesak serta meningkatkan bekalan vaksin dan rawatan.

— BERNAMA-ANADOLU

Continue Reading

Previous: KPKM terap teknologi digital, AI perkasa jaminan makanan mampan
Next: PBSMM Cabang Sibu adakan kunjungan hormat terhadap Dr Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.