PARIS: Perancis dan Jerman bersetuju dengan cadangan mewujudkan pelan pemulihan dengan dana bernilai 500 bilion euro (RM2.4 trilion) bagi memulihkan ekonomi negara Kesatuan Eropah (EU) akibat pandemik Covid-19.
Pengumuman dibuat Presiden Perancis, Emmanuel Macron and Canselor Jerman, Angela Merkel mengumumkan pakej yang belum pernah dilakukan sebelum ini, menerusi perbincangan sidang video pada Isnin.
Ia sekali gus mengenepikan perbezaan pendapat sebelum ini antara dua negar itu, sebaliknya membuktikan bahawa Perancis-Jerman adalah teras kepada negara EU kekal utuh.
Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde memuji cadangan pelan pemulihan Covid-19, sekali gus menunjukkan solidariti ketika ekonomi dalam kemelesetan akibat pandemik itu.
“Cadangan Franco-Jerman adalah bercita-cita tinggi, bersasar dan dialu-alukan,” kata Lagarde dalam satu temubual dengan empat akhbar harian Eropah.
“Ia adalah testimoni semangat solidariti dan kebertanggungjawaban seperti dibangkitkan Angela Merkel (Canselor Jerman),” menurut Lagarde ketika bercakap kepada akhbar Les Echos (Perancis), Corriere della Sera (Itali), the Handelsblatt (Jerman) dan El Mundo (Sepanyol).
Lagarde berkata, Eropah turut menerima tempias pandemik Covid-19 sambil memberi amaran dalam keadaan terburuk, ekonomi akan mengucup sebanyak 15 peratus dalam tempoh tiga bulan sehingga Jun.
Dana pelan pemulihan itu akan dibiayai oleh pinjaman bersama EU, hanya kini garis had untuk Jerman dan sekutu fiskalnya yang ketat dalam EU tetapi ditekan oleh Itali dan Sepanyol termasuk beberapa negara yang paling teruk terjejas Covid-19.
Menurut Lagarde, krisis Covid-19 juga akan menjadi ‘berita baik ‘kepada kesederhanaan Perjanjian Kestabilan dan Pertumbuhan (SGP) EU, yang menjadi dasar garis panduan ekonomi asas khususnya meletakkan had terhadap bajet defisit dan hutang terkumpul dalam kalangan negara anggota.
SPG secara efektifnya telah ditangguhkan disebabkan krisis, dengan Brussels bersetuju membiarkan 27 anggota EU melampaui had perbelanjaan dan pinjaman ketika mereka berusaha untuk mengembalikan ekonomi masing-masing.
“Saya fikir terma Perjanjian Kestabilan dan Pertumbuhan semestinya akan dikaji semula dan dipermudahkan semula ia ditempatkan semula apabila kita semua keluar daripada krisis ini,” kata Lagarde.
SPG memerlukan negara anggota untuk memastikan bajet defisit tahunan di bawah tiga peratus membabitkan output ekonomi tahunan dengan had hutang terkumpul sehingga 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). – AFP