Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peranan persatuan klan penting dalam pemeliharaan budaya, pendidikan
  • TEMPATAN

Peranan persatuan klan penting dalam pemeliharaan budaya, pendidikan

Utusan Sarawak 11 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-30 Persatuan Kao Yang Hui Bintulu di Bintulu.

BINTULU: Persatuan klan disaran terus memainkan peranan aktif dalam memelihara warisan budaya serta menyokong perkembangan pendidikan demi memastikan kesinambungan nilai dan identiti masyarakat.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata organisasi seperti persatuan klan bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah turut menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Menurut beliau, usaha yang dilakukan oleh persatuan klan selama ini turut membantu memperkukuh perpaduan serta mengekalkan tradisi budaya dalam kalangan generasi muda.

“Persatuan klan bukan sekadar untuk mengekalkan hubungan sesama ahli keluarga, tetapi juga memainkan peranan penting dalam memelihara budaya serta menyokong pembangunan pendidikan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-30 Persatuan Kao Yang Hui Bintulu di sini, semalam.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-30 Persatuan Kao Yang Hui Bintulu di Bintulu.

Dalam pada itu, beliau berkata, Sarawak kini semakin berkembang dan mendapat perhatian di peringkat nasional hasil usaha bersama rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Menurutnya, perkembangan pesat itu turut didorong oleh potensi ekonomi serta sumber manusia yang dimiliki Sarawak termasuk di Bintulu yang muncul sebagai antara kawasan penting dari segi ekonomi.

Tambah beliau, kerajaan negeri turut memberi penekanan terhadap pembangunan pendidikan dengan menyalurkan pelbagai peruntukan bagi memastikan generasi muda memperoleh peluang pembelajaran yang lebih baik.

Beliau berharap persatuan klan akan terus memainkan peranan aktif dalam menganjurkan program kebudayaan dan kemasyarakatan agar nilai tradisi dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak
Next: PM Anwar akan umum beberapa lagi berita baik menjelang Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.