Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peranan penting belia dalam majukan negara
  • TEMPATAN

Peranan penting belia dalam majukan negara

Utusan Sarawak 5 years ago
DAYANG Nur’ Maisarah Abang Abdul Razak

KUCHING: Penerima Anugerah Perdana Belia Negara berterima kasih atas anugerah yang diberi kepada mereka dan berharap belia mencabar diri dalam membangunkan negara.

Seorang penolong setiausaha Pertubuhan Belia Parlimen Mukah merangkap Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Sarawak, Muhammad Tarmizi Karnain Abdah, 22, berkata, dia bersyukur menerima Anugerah Perdana Belia kategori pertubuhan dan ini juga adalah atas usaha semua rakan-rakan sepejuangan yang berada di Mukah.

Dia memberitahu, untuk kegiatan belia di Mukah, mungkin ini adalah satu pencapaian yang tertinggi untuk sebahagian belia Mukah agar terus maju.

“Ini sebagai pemberi semangat kepada seluruh warga belia terutama di Mukah dan juga seluruh Sarawak untuk terus maju dalam bidang sukarelawan, kebajikan, sukan dan sebagainya.

Saranannya kepada belia di seluruh Sarawak supaya melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti belia khususnya program belia dan sukarelawan.

Katanya, belia perlu bergerak ke arah digital kerana pentingnya dalam era sekarang untuk menempuhi era digital.

“Belia di luar haruslah teruskan usaha untuk membangun dari segi ekomoni, usahawan dan juga dari segi pendidikan, kerohanian dan keagamaan,” katanya.

Sementara itu, Dayang Nur’ Maisarah Abang Abdul Razak yang  bekerja di Majlis Islam Sarawak dalam bahagian dasar dan undang undang , 22, berkata, perasaannya sangat gembira tetapi pada masa yang sama, berasa gementar kerana dia merasa ini adalah satu tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya khususnya kepada belia di Sarawak.

Menurutnya, pertama sekali adalah belia perlu mencabar diri mereka, keluar dari zon selesa mereka supaya mereka dapat mengambil apa-apa peluang keemasan yang boleh mereka dapat.

“Ini adalah peluang untuk mereka melakar lebih banyak pencapaian bahkan mampu untuk mengharumkan nama negara bukan sahaja negara khususnya negeri Sarawak sendiri,” katanya.

Maisarah turut mengucapkan terima kasih kepada semua orang di sekelilingnya yang memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung.

Tambahnya, dia ingin melihat lebih ramai belia Sarawak khususnya berjaya bahkan tidak merasa gerun untuk mengambil apa saja cabaran.

Bagi seorang kaunselor Institut Kemahiran MARA Kuching, Mohd. Shahrul Kamaruddin, 33, berkata, sebenarnya dia tidak menyangka bahawa segala penat lelah bejuang memerangi Covid-19 berbaloi setelah menerima anugerah.

“Saya berasa teruja untuk menyertai lebih banyak lagi aktiviti belia terutama memperkasakan program belia sama ada dalam dan luar bandar kerana kebanyakan belia mengalami isu seperti kegawatan ekonomi yang mana peluang pekerjaan, kesihatan mental, kesejahteraan emosi dan sebagainya akibat dari pandemik ini,” katanya.

Shahrul berkata, ini adalah satu platform dimana dia rasa sangat sesuai untuk dia kongsikan dengan belia bahawa sebenarnya belia boleh membangunkan negara dan memajukan negara.

Oleh Cheryl Law

Continue Reading

Previous: Wujud dokumen peranan Sarawak bentuk Malaysia
Next: Info On Wheels Merdeka sebar mesej hargai pejuang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.