Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peranan KK, TR sebar polisi kerajaan
  • TEMPATAN

Peranan KK, TR sebar polisi kerajaan

Utusan Sarawak 4 years ago
UNTUK ALBUM… Datuk Francis Harden Hollis dan tetamu merakam gambar bersama Ketua Kaum yang menerima sijil pelanjutan atau pelantikan jawatan di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Simanggang baru-baru ini.

SIMANGGANG: Ketua Kaum perlu bertugas menyebar polisi Kerajaan Sarawak dalam kalangan rakyat demi kemakmuran negeri ini kata Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis.

Menurut beliau, Tuai Rumah (TR) atau Ketua Kampung (Ketua Kaum) telah diberi elaun bagi tujuan itu dan diharap tidak bertindak menyokong pembangkang untuk menentang polisi kerajaan yang dipimpin oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Dengan adanya pemberian elaun ini, maka Ketua Kaum diharap dapat membantu Kerajaan GPS untuk menyatupadukan hidup rakyat dan merancakkan lagi proses pembangunan negeri ini.

“Namun perkara sebaliknya berlaku jika mereka didapati menyokong pembangkang. Jika benar Ketua Kaum bertindak demikian maka perkara ini boleh diibarat ‘kita beri makan dan jari kita pula digigit’,” kata Harden.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan sijil pelantikan dan Pelanjutan Ketua Kaum di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang kelmarin.

Selain itu, Harden pada majlis itu juga menegaskan bahawa segala keputusan yang diputuskan oleh kerajaan GPS selama ini adalah berpaksikan kepada hak majoriti dan tidak seharusnya dipertikai oleh lain pihak.

“Ingin saya ingatkan kepada segelintir pihak bahawa Kerajaan Sarawak yang dipimpin GPS ini dibentuk setelah memperoleh mandat yang cukup besar daripada rakyat menerusi sistem demokrasi.

“Justeru, adalah tidak wajar untuk setengah pihak mempertikai keputusan kerajaan GPS kerana ia berpaksikan hak majoriti sebuah kerajaan dan mandat rakyat dalam negeri ini,” kata beliau.

Terdahulu seramai empat Ketua Kaum telah menerima sijil pelantikan pada majlis itu antaranya, Kapitan Goh Teo Soon (Komuniti Cina, Undop), TR James Tekat Ranggie (Nanga Skrang Ili), TR Nanta Basi (Purai, Undop) dan KK Shaibi Bakir (zon selatan Kampung Muhibbah).

Manakala itu, mereka yang menerima sijil pelanjutan jawatan pada majlis tersebut pula adalah TR Charli Ata (Pruan A, Sri Aman), TR Empol Melintang (Sungai Tenggak C, Undop) dan KK Sharkawi Morshidi (zon tengah Kampung Muhibbah).

Turut hadir Pegawai Daerah Sri Aman, Mohd Ashree Wee, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sri Aman, Rachel Deborah Doset, Timbalan Walikota Majlis Daerah Sri Aman, Kaunselor Andar Suntai dan Penghulu Mingging Sigan

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: OACP bendung aktiviti rasuah
Next: 61 penduduk Rumah Berendam diasingkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.