Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Peranan guru penting bentuk generasi peneraju negara
  • PENDIDIKAN

Peranan guru penting bentuk generasi peneraju negara

Utusan Sarawak 1 day ago
TAHNIAH….Tiang menyampaikan Sijil Perkhidmatan Cemerlang kepada Perfidia Lulong Harry Dalang pada majlis sambutan Hari Guru di SJK(C) Kiang Hin, malam tadi.

SIBU: Guru merupakan arkitek masa depan yang memainkan peranan penting dalam membentuk generasi muda ke arah mencorak haluan negara.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, penghargaan wajar diberikan terhadap usaha dan dedikasi warga pendidik yang tetap teguh menjalankan tanggungjawab meskipun berdepan pelbagai cabaran.

“Kita sering menyebut bahawa kanak-kanak adalah masa depan, namun hakikatnya, gurulah yang membentuk mereka menjadi insan berilmu, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia,” katanya semasa berucap pada sambutan Hari Guru di SJK(C) Kiang Hin, malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu menekankan bahawa pengorbanan dan dedikasi warga pendidik wajar dihargai, terutamanya dalam berdepan perubahan besar dalam sektor pendidikan akibat pandemik COVID-19 dan kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI).

“Walaupun berdepan cabaran, para guru terus cekal menyesuaikan diri dan memikul amanah mendidik dengan penuh tanggungjawab. Semangat mereka adalah kekuatan senyap di sebalik kejayaan pelajar,” ujarnya.

“Menurut Tiang, nilai-nilai murni yang diterapkan guru dalam diri pelajar akan kekal sepanjang hayat dan menjadi asas penting dalam pembentukan sahsiah serta jati diri generasi akan datang.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian SJK(C) Kiang Hin, yang menurutnya adalah hasil kerjasama erat antara kepimpinan sekolah dan barisan pendidik.

“Gabungan kepimpinan yang berpandangan jauh serta guru yang berdedikasi telah mewujudkan sinergi cemerlang yang wajar dicontohi,” katanya lagi.

Pada majlis berkenaan, Tiang turut mengumumkan peruntukan geran berjumlah RM10,000 kepada Lembaga Pengurusan Sekolah bagi menyokong pembangunan sekolah tersebut.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Sijil Perkhidmatan Cemerlang kepada warga sekolah serta penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan komitmen mereka.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Inovasi guru Sarawak perkasa pembelajaran STEM, sokongan kesihatan mental di BICC 2025
Next: ADUN Krian ucap tahniah, kejayaan STPM 2024 Kolej Tingkatan Enam Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.